Omegay: Otak celaru akibat kalah bola...alahaii
Kalah bola, pelajar Malaysia diugut bunuh di Indonesia
22/11/2011 6:03pm
JAKARTA 22 Nov. - Pahitnya untuk menelan kekalahan pasukan Garuda Muda di tangan pasukan Harimau Muda pada pertandingan akhir bola sepak Sukan SEA 2011 di Stadium Utama, Gelora Bung Karno di sini malam tadi telah menyebabkan ada pihak menghantar ugutan bunuh terhadap pelajar Malaysia di Indonesia.
Ugutan itu yang disebarkan malam tadi melalui pengguna twitter bernama @hikmatmaswara kepada akaun twitter sebahagian besar artis Malaysia selepas keputusan sepakan penalti menentukan Malaysia menang berbunyi: Tomorrow I will kill Malaysia student at the University of Padjadjaran di Jatinangor, Bandung.
Setelah mendapat kecaman, pengguna twitter itu telah memohon maaf atas tulisannya itu, namun pihak Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia tidak memandang ringan ugutan berkenaan dan telah membuat laporan polis berkaitan perkara itu.
Atase Pendidikan, yang juga Setiausaha I (Pendidikan) Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, Ludinata Misnun berkata, twitter mengandungi ugutan itu telah tersebar luas di Malaysia.
"Selepas mendapat kecaman daripada pelbagai pihak, @hikmatmaswara telah memohon maaf di twitternya dan memaklumkan beliau tidak berniat untuk membunuh tetapi didasarkan rasa kecewanya atas kekalahan pasukan Indonesia kepada Malaysia dalam pertandingan akhir itu, katanya di sini Selasa, katanya. - Utusan Malaysiaku sayang
perghh taksub ya amat sih!!
Comments