HENTIKAN PEMBUNUHAN BERLESEN






INI DARI ARKIB SEJARAH


ARKIB : 11/08/2011

Polis Malaysia lebih berhemah -utusan meloya

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Ahli akademik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menganggap polis negara ini lebih berhemah dan sistematik dalam menyelesaikan sesuatu masalah termasuk isu keganasan berbanding apa yang berlaku di London ketika ini.

Setiausaha Majlis Profesor Negara,Prof. Dr. Raduan Che Roseberkata, biarpun negara tersebut lebih maju dan mempunyai pasukan polis antara terbaik di dunia namun, mereka masih gagal menghalang rusuhan sehingga menyebabkan kecederaan dan kecurian.

"Pendekatan yang dilakukan oleh pihak polis di sana dan polis di negara ini ternyata berbeza. Di sana punca utama menyebabkan mereka bertindak ganas ialah selepas seorang remaja kulit hitam ditembak mati oleh polis.

"Berbanding di negara ini, polis lebih banyak menggunakan pendekatan pencegahan malah, lebih sistematik dalam mengatasi masalah agar tidak merebak menjadi lebih serius," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian rusuhan di London yang gagal dikekang malah mula merebak ke seluruh Britain.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Kongres India Muslim Malaysia (Kimma),Amir Hamzah Abdul Rajakberkata, polis di negara ini dilihat lebih bijak mengawal situasi dan emosi baik di kalangan anggotanya mahu pun perusuh.

!
NOTA
cuba bayangkan kalau
di malaysia ini polisnya
tidak berhemah

kalau berhemah
hanta bunuh 298

agaknya kalau tak berhemah
berapa ramai akan dibunuh?

kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah

SUARAM : SIASAT 298 KES TEMBAK MATI OLEH POLIS mkini

NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia(Suaram) menggesa polis menyiasat setiap satu kes daripada 298 kes pembunuhanextra-judiciary oleh pihak polis sejak 2007 atau lebih banyak insiden sebegituakan berlaku.

Memetik jawapan Parlimen mengenai perkara itu,Penyelaras Suaram R Thevarajan berkata, dalam kes yang dikendalikan mereka,kebanyakan ahli keluarga terpaksa "ke hulur ke hilir untuk mencarikeadilan".

"Kenapa ahli keluarga mangsa perlu kehulu ke hilir untuk mendesak kerajaan bagi ambil tindakan?

"Berapa banyak memorandum perludikemukakan sebelum tindakan yang bermakna akan diambil?" kata Thevarajan.

Selain itu, beliau berkata lagi, bukan menjaditanggungjawab ahli keluarga untuk mencari jaw! apan ker ana setiap kematian secaraautomatik perlu disiasat.

"Satu siasatan menyeluruh dan terbukadiperlukan untuk membuktikan ketelusan dan kredibiliti pihak polis dalammengambil tindakan ke atas pegawai polis yang berdegil," katanya lagi.

Dalam jawapan di Parlimen pada Selasa lalu,Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, polis menembakmati 298 "penjenayah" antara Januari 2007 hingga Ogos 2012, termasuk134 warga Indonesia.






Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

Omegay: Antara Polling Agent & Counting Agent

KONDOM BUKAN SARONG TANGAN TAPI SARUNG KOTE