Omegay: Rakyat Kelantan berhijrah... ade wally slipau kesah?
KOTA BAHARU 24 Okt. - Rakyat Kelantan merupakan yang tertinggi memohon pekerjaan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sejak tiga tahun lalu, kata Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam.
Beliau berkata sejak 2009 hingga 2011, seramai 495,000 rakyat negeri itu telah memohon kerja bagi Gred 1 hingga Gred 41.
"Sejak lima tahun lalu pula, seramai 12,831 daripada permohonan itu telah diterima bekerja di sektor kerajaan.
"Saya setuju mungkin faktor kenapa begitu ramai rakyat Kelantan memohon kerja ini disebabkan peluang kerja yang ada di Kelantan adalah sangat kurang dan faktor lain SPA akan buat kajian terperinci," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi interaksi Pengerusi SPA dengan ketua-ketua jabatan persekutuan, badan-badan berkanun, persatuan-persatuan dan badan-badan bukan kerajaan zon Timur di sini hari ini.
Mahmood berkata sejak tiga tahun lalu jumlah pencari kerja di seluruh negara yang memohon melalui SPA seramai 1.2 juta.
Menurutnya jumlah yang memohon pekerjaan itu tidak termasuk melalui suruhanjaya pekerjaan yang lain seperti pelajaran, polis dan tentera.
Beliau menafikan dakwaan kononnya SPA meminggir kaum-kaum tertentu sebaliknya mereka yang layak akan diberikan keutamaa! n. - BER NAMA
p/s: patut ler pasrael bermati2an melalui mazlan aliman yang mengetuai setiap unjukrasa di felda atau di pengerang (RAPID) sebab tak mau tengok warga setempat jadi lebey berjaya dari rakyat kelantan kehkehkeh >XD
Comments