PILIHAN JALAN RAYA SEBELUM PILIHAN RAYA





SEKALI LAGI
KITA WAJIB TURUN





PRU13 DAN AYAT

SONGSANG

Dalamtulisan kali ini saya ingin membawa ayat-ayat songsang. Saya ingin membuka surah yangtelah di hafal tetapi tidak difahami. Saya ingin membuka bait-bait yangsering dilaungkan tetapi tidak dihayati. Saya ingin melagukan shair kasar yang tidakakan mententeramkan jiwa. Surah dan bait-bait ini telah menjadi beban sejarah jika tidak saya dendangkan kepada orang ramai.

Surahdan ayat songsang ini ialah tentang PRU13 yang akan dijalankan tidak lama lagi.Bila PRU13 ini akan diadakan saya tidak tahu. Saya bukan nujum. Malah tarikh dan saat PRU13 ini untuk sayatidak bagitu penting. Untuk saya tarikh PRU13 bukan surah yang akan membawa kita semua ke jambatan yang lurus.

Apayang saheh tarikh PRU13 ini hanya akan dijalankan apabilasemua persediaan untuk memastikan United Malays National Organisation kembaliberkuasa telah tersedia. Semua perancangan telah diatur. Lojistik telahtersusun rapi. Semua yang wajibdilakukan untuk mengembalikan kuasa kepada Barisan Nasional telah dilakukan.

Padahemat saya keputusan PRU13 akanmenafikan Pakatan Rakyatke Putra Jaya. Pada pemerhatian saya kerajaan Pakatan Rakyat di Selangorakan jatuh ke tangan United Malays National Organisation. Jelas apa yang saya tulis ini adalahayat-ayat songsang. Ayat-ayat potong stim yang ramai penyokong Pakatan Rakyat tidak akan bersetuju.Bunyi surah ini amat kasar tetapi inilahhakikat realpolitik dalam negara Dunia Ketiga.

Ayat-ayatsongsang dalam tulisan saya ini bukan saya pungut dari mimpi. Ayat ini tidaksaya terima melalui saka. Ayat-ayat ini berasaskan realpolitik yang sedangberlaku dihadapan mata saya. Ayat-ayat ini datang dari laporan demi laporanyang saya terima sebagai ahli jawatankuasaPemandu Bersih 2.0.

Minggulalu Dr. Ong Kian Meng dari MERAP - Malaysian Electoral Roll Analysis Project bersama Bersih 2.0 telah membentangkan laporan terkhir ke Parlimen. Merap ialah satu badan ilmiah yang membuat kajian tentang daftar pengundi.Laporan dari Merap ini cukup memeranjatkan. Justeru, dari laporan Merap inilah munculnya sebahagian dari ayat-ayat songsang yang saya tuliskan disini.

Meraptelah bertemu dengan 59,000 nama pengundi saya ulangi lima puluhsembilan ribu pengundi luar negara. Jumlah ini dikenal pasti kerana dalamsenarai daftar nama-nama 59,000 ini menggunakan kod 71. Kod 71 ini bermaknabakal pengundi ini lahir diluar negara.Ada dari Afrika, dari Eropah, Vietnam,India dan dan dan... Awas.. Mat Indon dan Mat Bangla bukan disini nama merekatercatit.


Nama59,000 pengundi dengan Kod 71 ini adalah warga negara Malaysia yang lahirdiluar negara. Maka Hairan bin Takjublah kita semua. Tidak disangka-sangkarupa-rupanya ramai ! orang Ma laysia lahir di Uganda, Kenya, Sweden , German,Qatar dan di Itali.
Kitajuga telah membaca dan mendengar surah bagaimana nama-nama pengundi yang amatpelik lagi memelikan telah ditemui dalam senarai pengundi. Bukit bin Batu. Harimau binti Buaya. Kijanganak lelaki Ular. Jintan binti Bawang.Dubai bin Abu Dhabi. Ini hanyalah contoh nama-nama pelik dimana si ayah atau siibu ketika mendaftar telah hilang akallalu menamakan bayi yang baru lahir ini Sungai binti Laut.

Untukpembaca yang tersenyum membaca nama Ular bin Lipan pasti akan terbahak bahakketawa apabila diberitahu ada juga pengundi yang namanya bin .dan menjadi lawak seram kerana namaini bukan ditulis dengan ejaan Koma bin Noktah tetapi dengan simbol .
Lebihmemeranjatkan apabila Merap membuktikan bagaimana satu alamat N0: 994 JalanPapan Klang telah didiami oleh 46 orang pengundi.Pelik bin hairan - bagaimana rumah teresini dapat menampong 46 orang penghuni ?

Kalau pun setiap bilik ini ada katilbertingkat-tingkat saya masih mushkil dan ingin bertanya ada berapa buah bilikmandi dan tandas dalam rumah teres ini? Justeru saya membuat kesimpulan 46 orang penghuni rumah ini akan tidur tegak berdiri untuk memastikan ada ruang untuk kesemua46 orang. Untuk berak mereka ke belukar.

Awas!Sikap silatulrahim penghuni amat membanggakan.Dalam rumah ini ada Muthusamy, Abdullah, Lim Ah Seng, Gobala, a! da Jeben g Bibik, Fatimah dan Maureen Pillay.Inilah contoh rumah Satu Malaysia.

Keskalsik sebuah rumah dengan berpuluh-puluh penghuni ini terjadi juga di Lembah Pantai. Sebuah rumah telahditemui diduduki lebih dari 20 warga. Alhamdulilah... satu lagi contoh Malaysiayang aman permai. Tetapi apabila ditemui lot alamat rumahini -yang tersergam ialah Plaza Tol Lebuh Raya Pantai Baru. Ada 20 pengunditinggal dalam bilik tol.
Pembacasering mendengar tuduhan tentang Mat Bangla, Mat Pilipina dan Mat Indon telah diberi kad pengenalan untuk membolehkan merekamengundi. Apakah ini ayat-ayat setan? Atau ini surah yang saheh? Mengikut Meraptelah ditemui 170,000 nama pengundi yang berdaftar. Kesemua 170,000 ini adalahpengundi yang dilahirkan diluar negara. Disini kita temui Bibik, Embak, Jebeng dan Suhail. Merekasemuanya mendaftar dengan kod 71 yang mensahehkan mereka tidak dilahirkan diMalaysia.

Untukmemedaskan lagi tempoyak masam ini banyak nama- nama ini tidak ada bin ataubinti. Hanya ada satu nama sahaja. Tidak diketahui jantan betinanya. Malahbanyak nama-nama ini tidak memilikialamat rumah yang penuh. Contohyang diberikan oleh Merap ialah kajian terperinci di Kampong Melayu MajideeJohor Bahru. Dalam kampong ini ramai Jebeng, Bibik dan Embak yang mendaftar tetapi tanpaalamat rumah dan nama jalan. Yangditulis hanya Suharto Kampong Majidee.

Surah-surah diatas ini hanyalah sebahagian dari bukti yang telah ditemui oleh Merap.Ini bukan lagi dongeng atau kesah Haji Desas bin Lebai Desus. Ini saheh dengan fakta dan kajian yangmembuktikan ada perancangan untuk menipu dalam PRU13 ini.

Biarsay a jelaskan sejelas mungkin. Untuk semua ahli dan penyokong Pakatan Rakyatmereka wajib sedar bahawa yang merekalawan bukan parti United Malays National Organisation. Mereka bukan berlawandengan MIC, MCA atau Barisan Nasional. Penyokong dan bakal pengundi PakatanRakyat bukan melawan polis, raja,Islam atau Perlembagaan Malaysia.

Apayang dilawan oleh Pakatan Rakyat ialah satu sistem pemilihan calon yangditelah direka khusus untuk menipu.Melawan sistem tipu.

UnitedMalays National Organisation dan kuncu-kuncunya telah tidak lagi mendapatsokongan pengundi. Parti ketuanan Melayu ini telah ditinggalkan oleh Melayu sendiri. Tetapi awas. Dalam PRU13 ininanti United Malays NationalOrganisation akan kembali berkuasa. Hairan?

UnitedMalays National Organisation akan menang dalam PRU13 bukan kerana sokonganrakyat tetapi kerana sistem pemilihan ini telah diatur untuk menipu. Sistempengundian ini telah disusun khas untuk memastikan penipuan berjalan licin tanpa disedari oleh orang ramai.

Memangbetul semua pengundian akan dijalan dengan mengikut prosedur. Memang tepat semua pengundiandijalankan mengiikut peraturan. Tetapi prosedur dan peraturan ini semuanyadisusun , semuanya dibuat untuk tujuan menipu.


Contohnyamesin ATM akan mengeluarkan duitsebanyak mana yang kita minta jika kita memiliki wang simpan dalam bank.Tetapi mesin ATM yang dibuat o! leh SPR ini akan memastikan jika kita meminta 20ringgit maka hanya 15 ringgit akan keluar dan 25 ringgit akan ditolak dari jumlah simpanan kita. Ini bukan satu yang mustahil. Ini penipuan. Sistem penipuanlah yang sedang disusun olehSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

SPRini bukan hanya dikepali oleh anggotaahli parti United Malays NationalOrganisation. Sistem pengudian tipu yangdisusun SPR ini telah mendapat kerjasama dengan Jabatan PendaftranNegara, PDRM, Majlis KeselamatanNegara dan United Malays NationalOrganisation.
Contohpenipuan yang paling senang untuk difahami ialah pengunaan dakwat kekal. Di negara-negara lain- biasanya sesudah mengundi maka Si Pengundi akan mencelupkan jari ke dalambotol dakwat. Kunci ayat songsang iniialah SESUDAH. Tetapi dalam sistem SPR Malasia jari tidak dicelup ke dakwat kekal tapi hanyadicalit halus. Untuk terus menipu calitan halus ini dibuat SEBELUM memangkah.

Kenapacalit dakwat sebelum memangkah? Ini untuk memastikan akan banyak undi rosakterpalit dakwat hitam. Undi rosak ini pastilah undian untuk Pakatan. Penipuan gunadakwat hitam ini diteruskan untuk apa yang dikenali sebagai Pengundi Awal.Sebelum ini tidak wujud Pengundi Awal ini. Siapa pengundi awal ini?

Pengundiawal ialah pekerja SPR di hari membuang undi. Dulu ada 100,000 kinio ditambahuntuk menjadi 240,000 saya ulangi dua ratus empat puluh ribu pengundi. Dikatakan mereka akan mengundi awal tetapi tidak diketahui seawal mana? Limahari? Tujuh hari atau tiga hari? Lagi awal mengundi lagi baik kerana tandatelah lama hilang. Mereka boleh mengundibeberapa kali lagi.

Surahdan ayat-ayat syaita! n diatas membuktikanbahawa apa yang dilawan oleh Pakatan Rakyat bukan parti politik. Yang dilawan ialah satu sistem pemilihan yangdibentuk dan direka khas untuk menipu.Sistem penipuan ini diwujudkan oleh SPR untuk memastikan United Malays National Organisation akan kembaliberkuasa. Itu saja ayat songsang? Tidakada lagi minggu depan. (TT)




NOTA:tulisan ini telah
disiarkandalam akhbar
SUARA KEADILANyang terbaru
sesiapa inginmelanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon : 03-22-72-40-45



Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

Omegay: Antara Polling Agent & Counting Agent

KONDOM BUKAN SARONG TANGAN TAPI SARUNG KOTE