KE JALAN RAYA SEBELUM KE PILIHAN RAYA



BERHIMPUN DI:
taman seremban jaya
( dekat tol senawang)

50 RIBU BERHIMPUN
DI DATARAN SEREMBAN
MENUNTUIT 8 TUNTUTAN

50,000 - PRA HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYATSABTU INI keadilan daily

KUALA LUMPUR 30 Oktober: Pakatan Rakyat(Pakatan) mensasarkan kehadiran 50,000 peserta pada Pra-Himpunan KebangkitanRakyat di Senawang, Sabtu ini.

Kita mengharapkan negeri-negeri di selatantanah air iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan dapat menghantar seramaimungkin peserta memandangkan kedudukan mereka lebih hampir dengan lokasihimpunan, kata Pengarah Himpunan, Mohamad Sabu.

Menurut Timbalan Presiden PAS itu, himpunantersebut akan menggabungkan empat warna yang menjadi simbol kepada beberapatuntutan rakyat yang masih belum ditunaikan kerajaan sehingga kini.

Warna-warna tersebut terdiri daripada merah,kuning, hijau dan oren, jelasnya.
Beliau berkata, warna kuning mewakili HimpunanBersih yang menuntut lapan perkara, manakala hijau berkaitan dengan alamsekitar yang membantah projek Lynas serta Pengerang.

Warna merah mewakili tuntutan royalti rakyatKelantan, manakala oren mewakili tuntutan peneroka Felda. Jadi terserah kepadapeserta untuk memilih warna baju untuk dipakai pada himpunan itu nanti, jelasMat Sabu dipetik Harakah.

Tambahnya, himpunan itu adalah ekoran sikapkerajaan yang masih tidak melayan tuntutan lapan perkara pada Himpunan Bersihsebelum ini termasuk membersihkan senarai daftar pemilih.

Kita lihat daftar pemilih masih tidakdibersihkan sepenuhnya, terdapat terlalu banyak nama pengundi meragukan, sebabitu kita mengambil keputusan mengadakan himpunan ini bagi mendesak kerajaanmemenuhi tuntutan kita, tegasnya.

Program itu merupakan pemula kepada programjelajah ke seluruh negara yang akan diadakan selepas itu.

Ia dijadual bermula jam 4 petang hingga 12malam dengan dihadiri semua kepimpinan utama Pakatan Rakyat.

Antaranya termasuk Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim; Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan PenasihatDAP, Lim Kit Siang.

Himpunan Kebangkitan Rakyat sepatutnya dijadualkanberlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, 3 November ini namun ditangguhkankerana stadium tersebut akan digunakan untuk Pertandingan Bolasepak PialaSuzuki AFF.

Ia telah diumumkan ditunda ke Januari tahunhadapan dan pihak penganjur sedang membuat permohonan untuk mendapatkan samaada Stadium Nasional Bukit Jalil atau Stadium Merdeka.

Bagaimanapun, pelancaran himpunan itu tetapdibuat pada tari! kh sama tetapi dengan mengubah tempatnya ke Senawang NegeriSembilan.

Dari Negeri Sembilan, program jelajahKebangkitan Rakyat pula akan bergerak ke seluruh negara mengikut zon dannegeri.

Menurut Mat Sabu, mereka akan bergerak kesetiap negeri termasuk Kedah, Terengganu, Pahang, Johor serta Perak dan diikutinegeri-negeri lain sebelum kemuncak himpunan tersebut di ibu negara Januaritahun hadapan.








Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

Omegay: Antara Polling Agent & Counting Agent

KONDOM BUKAN SARONG TANGAN TAPI SARUNG KOTE