RAJA PORNO KENA TIBAI OLEH AMK



Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

18 Oktober 2012

AMK Kutuk Chua Soi Lek Mengarut Dan Alih Fokus

Ketua Penerangan Angkatan Muda KeadilanMalaysia (AMK), Lee Khai Loon mengutuk kenyataan Presiden MCA Dr. Chua Soi Lekyang mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranyaPAS melaksanakan hudud di Malaysia. Dakwaan Chua hanya berdasarkan SMS yangtidak dapat mengesahkan pengirim menunjukkan Chua semata-mata mengarut dan cubamengalih fokus rakyat yang benci terhadap rasuah dan penyelewengan yangdiamalkan oleh UMNO/BN.

Dr. Chua Soi Lek telah banyak kali memilihuntuk mempermainkan isu hudud demi politik sempit MCA tetapi memperlekehkan isurasuah dan penyelewengan yang ditemui dalam Laporan Audit Negara 2011. Dr. Chuajuga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa politk wang bukan rasuah dansebagainya yang langsung tidak memahami kebencian rakyat terhadap kerajaan yangrasuah dan bukannya hokum hudud.

AMK berpendapat bahawa Dr. Chua masih dalamkeadaan berkhayal serta ilusi baik (feel good) dan sentiasa mengeluarkankenyataan yang memutar-belitkan serta mengelirukan. Dr. Chua langsung tidak adakeupayaan untuk refleksi diri dalam isu hudud dan pentadbiran kerajaan UMNO/BNyang menyeleweng.

AMK menyindir Dr. Chua seperti meludah kelangit dengan mendakwa apabila Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan pusat,maka semua premis arak, judi, siber caf dan refleksologi akan ditutup.Sebaliknya di dalam Selangor, ADUN MCA telah mengadu bahawa kerajaan negeritelah banyak meluluskan bilangan lesen siber caf dan rumah urut yangsendirinya bertentangan dengan kenyataan Chua Soi Lek.

AMK ! menegask an bahawa Parti Islam Se-Malaysia(PAS) adalah sebuah parti politik yang demokratik, sederhana dan terbuka. PAStelah bersama-sama dengan DAP dan KEADILAN dalam Pakatan Rakyat dan mendokongagenda reformasi bersama yang tertakluk dalam Buku JIngga. Perjuangan PAS untukmerealisasikan sebuah Negara berkebajikan juga disokong oleh semua ahli partidan rakyat Malaysia.

Yang mendukacitakan adalah MCA yang masihmempermainkan isu perkauman dan agama untuk mengaut modal politik. MCA relauntuk menjadi alat politik perkauman UMNO dan langsung tidak berupaya untukmembantah kerajaan perpaduan di antara UMNO dan PAS.

Oleh itu, AMK berpendapat bahawa Dr. Chua SoiLek telah ketandusan idea dan tidak berupaya bersaing dengan Pakatan Rakyatatas dasar atau halatuju pembangunan Negara yang sepatutnya.

Maka Pilihanraya Umum yang akan datang amatpenting dan significant untuk rakyat merealisasikan perubahan yang perlu ada diMalaysia. Selamatkan Malaysia daripada rasuah dan penyelewengan supaya menjadisebuah Negara yang demokratik, bebas dan adil.
LEE KHAI LOON
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILANMalaysia




Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BERITA HOT DARi FACE BOOK SEORANG USTAZ

Omegay: Antara Polling Agent & Counting Agent