HUTAN NEGERI SEMBILAN DI REMBAT OLEH MAT IHASAN ADIK BERADIK
NOTA:
maloan ini akan ditendang oleh najib
pada ketika ini ramai gedebe geerombolan
terutama tim mat isa dan tim budak itam
sedang berusaha kuat untuk membelangkong malaon ini
dokumen dokumen dalam tangan rafizi
ini datangnya united malays national organisation
bahagian kuala pilah kerna banyak sungai dah
kering kerana maloan ini curi balak
SKANDAL PENGURUSAN TANAH NEGERI SEMBILAN:
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2010 MENEGURKERAJAAN NEGERI SEMBILAN KERANA TIDAK MENGGANTIKAN HUTAN SIMPAN
KEADILAN merujuk kepada kenyataan yang dibuatoleh Mohamad Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan yang disiarkan Sinar Harianpada 25 Oktober 2012 mengenai pendedahan penyelewengan pengurusan tanah hutansimpan di Negeri Sembilan.
Antara lainnya, beliau menyebut bahawaKerajaan Negeri telah menggantikan lebih 2,400 hektar tanah untuk dijadikanhutan simpan. Malah, Kerajaan Negeri juga memperuntukkan 4,800 hektar tanahsetiap tahun dari hutan simpan bagi tujuan pembalakan dan hasil kayu.
KEADILAN mengulangi kecaman sebelum ini yangmasih belum dijawab oleh Datuk Seri Mohamad Hassan bahawa keputusan EXCOmembatalkan status hutan simpan kekal di Hutan Simpan Jeram Padang Selatanadalah tidak sah di sisi undang-undang kerana melanggar Akta Perancangan Bandardan Desa 1976.
Sehingga kini, Mohamad Hassan masih belummembe! ri sebar ang jawapan mengenai perkara ini dan hanya mendiamkan diri.KEADILAN beranggapan tindakan beliau berdiam diri itu sebagai tanda-tandatuduhan yang dibawa ada asasnya. Oleh yang demikian, saya, pimpinan PakatanRakyat dan aktivis NGO akan membuat satu laporan polis di Seremban pada hariKhamis 1 November 2012 jam 3 petang agar satu siasatan dapat dimulakan segera.
Kenyataan Mohamad Hassan mengenai penggantian hutansimpan juga cuba menyembunyikan keadaan sebenar.
KEADILAN telah menyemak dokumen-dokumen rasmiyang secara jelas menunjukkan Kerajaan Negeri Sembilan mempunyai rekod palingburuk dari segi kegagalan menggantikan hutan simpan yang telah diambil untukkegunaan lain. Walaupun ada sedikit penggantian sebanyak 2,400 hektar sepertiyang disebut oleh Mohamad Hassan, jumlah keluasan hutan simpan yang dibatalkanstatusnya bagi tujuan pembalakan adalah jauh lebih besar.
Laporan Tahunan Jabatan Perhutanan SemenanjungMalaysia tahun 2007 dan 2010 memberikan perbandingan berikut:
Laporan Tahunan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia tahun 2007 dan 2010 memberikan perbandingan berikut:
Negeri
Keluasan hutan simpan baru yang diwartakan* antara 2005 hingga 2010 (hektar)
% hutan simpan yang diganti**
Perak
102,057
11.5%
Johor
76,436
21.5%
Pahang
38,770
2.5%
Selangor
16,348
7.0%
Terengganu
9,072
1.7%
Pulau Pinang
664
12.2%
Perlis
81
0.8%
Wilayah Persekutuan
2
3.3%
Kedah
0
0.0%
Melaka
(367)
(7.1%)
Kelantan
(5,518)
(0.9%)
Negeri Sembilan
(8,616)
(5.3%)
*Hutan simpan baru yang diwartakanTOLAKhutan simpan sedia ada yang dibatalkan. Angka negatif menunjukkan hutan simpan sedia ada yang dibatalkan tidak diganti
**Peratusan hutan simpan yang tidak diganti berbanding dengan keluasan keseluruhan keluasan hutan simpan yang diwartakan. Angka negatif menunjukkan kadar cepatnya hutan simpan semakin hilang di negeri itu
Oleh kerana rekod Kerajaan Negeri Sembilanyang buruk dari segi menggantikan hutan simpan, Laporan Ketua Audit Negara 2010yang dilampirkan bersama (Perkara 3.3.2) menegur dan mengesyorkan KerajaanNegeri Sembilan (melalui Jabatan Perhutanan Negeri) untuk mengenalpasti danmenggantikan hutan simpan yang telah dibatalkan. Ini adalah kerana penggantianhutan simpan bagi menggantikan hutan yang telah diterokai adalah menjaditanggungjawab Kerajaan Negeri seperti yang diperuntukkan oleh Seksyen 12, AktaPerhutanan Negara 1984.
Ada! lah jela s bahawa kegiatan pembalakan danpenerokaan hutan di Negeri Sembilan adalah berleluasa dan diluar kawalanapabila hutan simpan yang dibatalkan statusnya tidak diganti. Pada kadarkehilangan hutan simpan 5% setiap 5 tahun, anggaran KEADILAN kawasan hutan dantadahan hujan di Negeri Sembilan boleh pupus sepenuhnya dalam tempoh 50 tahun,terutamanya apabila semakin tahun hutan simpan semakin berkurangan.
Oleh yang demikian, KEADILAN menggesa Mohamad Hassan membentangkan kepada rakyatdengan serta merta semua maklumat konsesi pembalakan yang telah dan akandiberikan melibatkan kuota 4,800 hektar setiap tahun seperti yang disebut olehbeliau sebelum ini. Rakyat berhak tahu siapa yang mendapat konsesi balak ini,berapa hasilnya kepada Kerajaan Negeri dan status hakmilik tanah-tanah inisetelah diterokai.
Sekiranya perkara ini tidak berlaku, KEADILANakan terus mendedahkan individu-individu yang mendapat durian runtuh darikegiatan pembalakan di atas tanah hutan simpan ini dan kaitan mereka denganpimpinan Umno/Barisan Nasional Negeri Sembilan.
RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
T KUMAR
TIMBALAN SETIAUSAHA AGONG KEADILAN
30 OKTOBER 2012
MARI BUAT RAMAI
DEMO DI SEREMBAN
Comments