SAMAN ADALAH CARA UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION ROMPAK DUIT RAKYAT




Kenyataan Umum
18 Oktober 2012

Tangguh dan Kaji Perlaksanaan Sistem AES AtauRakyat Bertindak Sendiri

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesakkeras agar kerajaan Barisan Nasional menangguh dan mengkaji semula perlaksanaanSistem AES yang meragut wang rakyat sepanjang 24jam sehari, 7 hari seminggu.

Tidak dinafikan, kadar kemalangan jalanrayayang tinggi memerlukan tindakkan drastik yang ideal kepada semua, bukan hanyaterhadap poket kerajaan dan kroni. Kerajaan sebagai penerima cukai jalan dancukai kepala pemandu (lesen memandu) sepatutnya mengeluarkan dana untukkeselamatan rakyat di atas jalanraya namun apa yang berlaku adalah sebaliknyaapabila modal yang dikeluarkan kerajaan hanya untuk mengoyakkan poket rakyatdengan sistem saman AES.

AES juga tidak disebut sebagai sistemkeselamatan, tetapi lebih kepada sistem saman-menyaman. Malah telah banyak kalidibangkit betapa lokasi kamera AES tidak membantu mengurangkan kadar kemalangantetapi lebih berfungsi sebagai perangkap.

Butir perjanjian di antara syarikat pengendaliAES dan pihak kerajaan juga tidak didedah walaupun didesak di parlimen. Inimencurigakan, apakah ada komplot antara kerajaan dan syarikat swasta untukmencuri wang poket rakyat?

Dalam pemerhatian SAMM yang berpengkalan disetiap negeri seluruh negara, banyak faktor kemalangan seperti jalan berlubang,tidak rata dan berbonggol-bonggol tidak diambil peduli tetapi dalam masa yangsama kerajaan membelanjakan wang rakyat untuk sistem AES semata-mata. Mengapakerajaan BN tidak memastikan frasarana yang baik terlebih dahulu?

Sedangkan rakyat semakin ditimpa kesempitanhidup akan sampai ke! tikanya terpaksa memilih untuk menangguhkan hasrat menukartayar yang sudah botak demi membayar saman terlebih dahulu bagi mengelak dendaberganda jika bayar lewat. Rakyat akan pilih bayar saman daripada servis danbaiki kereta maka kadar kemalangan akan lebih banyak jika situasi seperti inimembarah.

SAMM juga ingin mengingatkan kerajaan bahawapecahan statistik kemalangan maut paling tinggi adalah membabitkan penunggangmotorsikal maka sepatutnya kerajaan mengusahakan terlebih dahulu lorongalternatif untuk keselamatan penunggang motorsikal berbanding memilih sistemAES yang fokus untuk menyaman pemandu kenderaan empat roda, bukan motorsikal.

Maka atas sebab ini SAMM mendesak sistem AESditangguh dan dikaji semula. Jika kerajaan tetap berdegil untuk menyaman rakyat24jam, SAMM akan melancarkan sebuah kempen untuk rakyat bangkit menutupkamera-kamera AES yang dipasang di seluruh negara.

SAMM sendiri mempunyai pengikut hampir disetiap pelusuk negara untuk memulakan gerakan kempen ini. Kempen 'tutup kameraAES' bukan untuk memusnahkan harta rakyat, tetapi rakyat bertindak menutupkamera tersebut dengan menggunakan stiker pelekat atau membalut kamera tersebutdengan plastik sampah (berwarna hitam). Kamera AES tetap selamat dan berfungsi,cuma ia tidak mampu lagi menyaman. Ini bukan kempen vandelisma tetapi kempenselamatkan duit rakyat dan negara.

Akhir sekali, SAMM memuji tindakkan KerajaanNegeri Pakatan Rakyat yang sebulat suara menangguhkan sistem AES demirakyatnya. Inilah kerajaan idaman, yang sentiasa memikirkan kebaikkan demirakyat, bukan seperti regim BN yang sentiasa mencukai dan mendenda rakyatdengan dacing sengetnya.

"Perubahan itu harus didesak"

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM


SEMUA MASALAH AKAN DAPAT DISELESAIKAN
APABILA UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION DIKUBURKAN
JUSTERU MARI KITA TURUN BERDEMO
SEKALI LAGI
8 TUNTUTAN MASIH BELUM DI TUNAIKAN



Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BERITA HOT DARi FACE BOOK SEORANG USTAZ

Omegay: Antara Polling Agent & Counting Agent