APA SUDAH JADI DENGAN NEGARA BANGSA
PENCERAHAN DARI PEMBACA
TT, lihat poster Karnival Dewan Bahasa Dan Petaka ni, tengok senarai aktiviti2 dia dan sila kah kah kah http://i.imgur.com/YlHDnFI.jpg on TUKAR TIUB MEMECAH BERITA LAGI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 6/20/13
SATU INGATAN UNTUK SEMUA
KOMENTAR TUKAR TIUB
lihat dan saksikanlah
betapa telah merosotnya
gudang fikir melayu
gudang ilmu melayu
gudang inteligensia melayu
satu ketika dahulu gedung inilah
penaung pemikir bangsa
tongkat waran keris mas
kassim ahmadbaha zain
rustam sanirohani rustam
saleh haji yusop dan dan dan
ribuan lagipejuang bangsa sastera dan budaya
gedung ini menjadi benteng
benteng baha! sa dan b udaya
gedung ini menjadi rujukan bangsa
gedung ini menjadi pemula sandiwara dan teater
gedung ini pemangkin fikrah bangsa
poster ini memiliki tanda dan makna
tentang kemerosotan bangsa
poster ini ada satu penghinaan terhadap
fikrah dan tamadun melayu
yang kini hanya sanggup melakukan
pertandingan memakan kauci
pertandingan karakoke
pertandingan memasak
apa sudah jadi?
apa sudah jadi dengan keilmuan tun seri lanang
apa sudah jadi dengan keilmuan mushi abdullah
apa sudah jadi dengan magnum opus salalatus salatin
apa sudah jadi?
kesakitan bangsa ini telah sampai ke kemuncak
jika poster ini tidak membuka mata
jika poster ini tidak menusuk hati dan jiwa
jika poster ini tidak menjadi tanda alamat
hancurlah hancur
apakah kini pemikir bangsa hanya boleh
menyusun pertandingan menghias kek
apakah kini pemikir bangsa hanya berupaya
mengadakan kempen derma darah
apakah pemikir bangsa TIDAK sedar
bahawa pertandi! ngan mem akan kauci itu
bukan satu metapora
bukan satu kiasan
memakan kauci ialah
cara pelacur membunuh masa
ketika menunggu pelanggan
akhirnya gedung yang membuka
wacana keranda 152
kini hanya menjadi keranda
------
Comments