KENYATAAN ANAK MAHASISWA


SMM Tetap Mahu SPR Letak Jawatan

Dua hari lalu, pada tarikh 24 Jun 2013, Solidariti Mahasiswa Malaysia bersama-sama kumpulan NGO anak muda yang lain secara nekad telah menunjukkan jalan terakhir bagi membantah isu penipuan pilihanraya dengan mengadakan himpunan aman tepat di hadapan parlimen.

Ya, memang mahasiswa yang nekad dan mula berbaring di hadapan parlimen dalam protes tersebut. Tujuan kami jelas, kami ingin mengajak semua ahli parlimen terutamanya daripada Pakatan Rakyat supaya bersolidariti bersama kami menunjukkan protes terhadap isu pilihanraya. Jalan yang kami pilih adalah dengan meminta supaya mereka memboikot majlis angkat sumpah yang hanyalah berlaku di hadapan Speaker Dewan, dan bukan di hadapan YDPA, bahkan jauh sekali bertujuan untuk menghina mana-mana pihak.

Sudah dijelaskan sebelum ini isu boikot majlis angkat sumpah bukanlah sekali gus menafikan tanggungjawab dan amanah mereka yang dipilih oleh rakyat ini secara total. Namun ialah adalah simbolik kepada solidariti mereka terhadap hasrat anak muda dan mahasiswa seperti kami yang memprotes penipuan pilihanraya.

Namun, apa yang berlaku adalah amat mendukacitakan kami selaku mahasiswa dan anak muda apabila hasrat kami tidak disambut dengan baik walaupun akhirnya memorandum bantahan kami diterima oleh YB Khalid Samad di penghujung himpunan. Pun begitu, kami merasakan bahawa isu penipuan pilihanraya yang telah diheret sekian lama telah berjaya ditutup dan dilenyapkan terus dari mulut-mulut rakyat kebanyakan hasil daripada tindakan semua ahli-ahli parlimen yang telah selamat mengangkat sumpah, tidak terkecuali walaupun seorang. UMNO BN terus bertepuk tangan.

Melihat kepada perkembangan terkini, semalam kenyataan daripada salah seorang menteri UMNO semakin memperlihatkan bukti yang jelas bahawa memang berlaku penipuan dan penyelewengan dalam PRU ke-13 lalu. Kenyataan terbaru ini cukup bercanggah dengan kenyataan SP! R dan me nteri kesihatan mengenai kandungan dalam dakwat kekal yang digunakan dalam proses pengundian tempoh hari. Kami melihat perkara ini adalah kenyataan yang telah mempermain-mainkan dan terus memperbodohkan rakyat kebanyakan yang sememangnya sudah tidak mempunyai kepercayaan terhadap SPR.

Bahkan kenyataan terkini daripada menteri wilayah bahawa sebenarnya tidak perlu penggunaan dakwat kekal menunjukkan bahawa kerajaan hanya memperolok-olokkan dalam melaksanakan reformasi terhadap sistem pilihanraya di Malaysia.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa pilihanraya di Malaysia masih belum telus, bersih dan adil. Bahkan SPR penuh dengan taktik kotor bagi memenangkan regim yang takut kepada kuasa rakyat.

Pendirian SMM adalah cukup jelas dan tegas bahawa SPR perlu berundur segera. Letak jawatan segera kerana SPR telah mencemarkan sebuah badan yang seharusnua bebas dari mana-mana kepentingan. SMM sedang membawa perkara ini kepada sebuah badan pemantau di peringkat antarabangsa bagi memberikan gambaran jelas kepada mereka mengenai wajah demokrasi sebenar di Malaysia dan siapa yang sedang bersekongkol di sebalik kepincangan yang telah berlaku. Perkara ini bakal memalukan negara kerana tangan-tangan kotor mereka. Mahasiswa dan anak muda tetap akan terus bangkit melawan!

Disediakan oleh:

Safwan Anang
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)


------------

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

Omegay: Antara Polling Agent & Counting Agent

KONDOM BUKAN SARONG TANGAN TAPI SARUNG KOTE