TIGA TUNTUTAN #TIPU505








KOMENTAR TUKAR TIUB

tiga tuntutan diajukan
1 - 7 pesuruhjaya spr letak jawatan
2 - adakan pemilihan semula ditempat berlaku penipuan
3 - hentikan projek persempadan semula

tiga tuntutan ini amat adil
tiga tuntutan ini amat masuk akal

jika esok 7 pesuruhjaya spr letak jawatan
pasti himpunan di dataran padang merbok dibatalkan

orang ramai
bukan saperti tohmah dan fitnah
dari media united malays national organisation
bukan mahu buat onar
bukan mahu buat kacau

orang ramai marah kerana kena tipu
orang ramai marah kerana dakwat kekal tidak kekal

jika si penipu mengaku
dan letak jawapan maka
satu langkah bijak



Pakatan seru rakyat hadir di Padang Merbok, tuntut pilihan raya semula

KUALA LUMPUR, 20 Jun: Pakatan Rakyat menyeru rakyat hadir ke Himpunan Blackout 505, Sabtu ini di Padang Merbok bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 13 yang disifatkan pilihanraya paling buruk dalam sejarah negara.
Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim berkata, Pakatan mengulangi t! iga tunt utan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pakatan menuntut peletakan jawatan kesemua ahli suruhanjaya SPR terutamanya Pengerusi dan Timbalannya serta pelantikan ahli suruhanjaya baru dengan mekanisme yang lebih baik.
Selain itu, Pakatan menggesa diadakan pilihan raya semula di 30 kawasan parlimen dan menggesa proses persempadanan semula dihentikan sehingga pesuruhjaya SPR baru dilantik, ujarnya dalam sidang media selepas mesyuarat minggu pimpinan Pakatan Rakyat di ibupejabat Pas hari ini.
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, Pakatan menolak kenyataan Pengerusi SPR, i Abdul Aziz Yusof kononnya kesal dengan isu dakwat kekal yang tidak kekal yang timbul.
Ini sama sekali tidak boleh diterima dan dimaafkan kerana sebelum ini Aziz sendiri mendakwa kononnya mungkin berpunca botol tidak digoncang, kesilapan dengan kontrakor pembekal dakwat dan ada nasihat daripada pihak kesihatan bahawa dakwat itu boleh sebabkan barah.
Dakwat kekal ini adalah perkara asas yang menjadi bukti kelemahan SPR dalam mengendalikan pilihan raya.
Jadi kita tekad untuk memberi komitmen yang tinggi kepada perhimpunan pada Sabtu ini bagi mendesak supaya pengerusi dan timbalannya segera meletakkan jawatan, ujarnya lagi.

--------

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

Omegay: Antara Polling Agent & Counting Agent

KONDOM BUKAN SARONG TANGAN TAPI SARUNG KOTE