FAHAMI KENAPA TURUN KE JALAN RAYA
DEMO SAMPAI
PAGI RAYA
KENAPAPERLU KE JALAN RAYA
Padajam 2:00 petang hari Sabtu 22 Jun 2013ini ratusan ribu rakyat Malayaia akan turun ke jalan raya untuk menunjukkanperasaaan di Dataran Padang Merbok Jalan Parlimen. Lalu pertanyaan timbulkenapa perlu tunjuk perasaan? Kenapa perlu berdemo? Sebelum saya menjawab duasoalan ini biar saya nyatakan apa yang akan terjadi.
Sapertibiasa kita akan terbaca kenyatan PDRM melarang himpunan ini kerana dikatakan tidak bersunat dan tidakbersembelih haram menyalahi undang-undang. Orang ramai akan diingatkan agarjangan datang. Kita akan terbaca kenyataan Datuk Bandar Kuala Lumpura menerangkanbahawa Dataran Padang Merbok telah ditempah semenjak tujuh tahun dahulu. Kita akan terdengarkata-kata nista dan cerca tentang demo inidari kaca tv.
NgoMelayu Islam akan tunggang tunggit bersuara menyatakan bantahan. Guru Silatdengan Ilmu Ghaib berjanji a! kan data ng untuk membuat demo yang berasingan. Penjual Ikan Bakar akanmenggoyangkan buntut membatah Perhimpun Satu Juta Rakyat di Dataran PadangMerbok. Akan ada temubual dengan Mamat Pemandu Teksi dan Mat Tuan Punya Warong yang meraung marahkerana pada hari tunjuk perasaan mereka akan kehilangan mata pencarian.
Semuaheboh-heboh diatas hanyalah berita yang dimunculkan khusus untuk mengalihkanfokus orang ramai. Heboh-heboh Abang Polis ini tidak menjawab soalan hakikiuntuk kurun ini. Kenapa rakyat turun berdemo? Jawabnya : Ratusan ribu rakyat turun ke jalan raya berdemokerana PRU13 dahulu telah dimenangi olehUnited Malayas National Organisation dengan jalan tipu. Rakyat tidak mahu menerimakeputusan PRU13. Orang ramai marah makamereka ke jalan raya berdemo.Kenapaperlu berdemo? Jawabnya: Kita perlu berdemo untuk menuntut 7 orang Pesuruhjaya SPR meletak jawataan. Kita berdemountuk memastikan ada pemilihan di 25 kawasan yang terbukti berlaku penipuan.Kita wajib berdemo untuk memastikan projek persempadanan semula dihentikandengan serta merta. Projek persempadan ini adalah satu lagi projektipu dari United Malays National Organisation. Projek ini bertujuanuntuk memastikan dalam PRU14 nanti Pakatan Rakyat akan lumat.
Masihtidak yakin sebab musabab kenapa kita wajib berdemo?
Biarsaya terangkan bahawa di Malaysia ini jika pilihan raya yang boleh mengubahapa-apa maka pilihan raya itu akan diharamkan. Apakah ayat yang saya tulis inisaheh atau hanya ayat-ayat propaganda? Atau satu hasutan jahat?
Sejarahmembuktikan bagaimana disetiap kali pemilihan Kerajaan Tempatan inidijalankan yang menang ialah PartiRakyat, Parti Buruh atau kumpulan Front Sosialis. Ini sebelum Parti Buruhmenjadi arwah. Kota Pulau Pinang, kotaMelaka, bandar Seremban atau bandar Johor Bahru semuanya dikendalikanoleh Ahli Majlis yang dipileh oleh warga kota. Kota Ipoh pula dimenangi olehPPP sebelum parti ini menjadi mandul.
UnitedMalays National Organisation tidak dapatbernafas. Parti Ketuanan Melayu tidakpernah dapat menguasai Kerajaan Tempatan melalui pilihan raya. Maka pada tahun1964 Pilihan Raya Kerajaan Tempatan diharamkan hingga ke hari ini. Pada hariini ini semua Ahli Majlis DBKL, MBPJ,MBS dan dan dan... semuanya dilantik.
Surahini membuktikan dengan saheh bahawapilihanraya di Malaysia ini jika dapatmengubah apa-apa maka pilihan raya itu akan diharamkan.
Lalutimbul soalan sampingan. Apakah demo ini bertujuan untuk menggulingkankerajaan. Jawabnya: Menggulingkan kerajaanyang zalim itu satu kewajipan. Bukan satu yang pelik jika ada sesiapayang turun berdemo dengan niat mahu menggulingkankerajaan. Ini bukan satu niat yang salah.
Biarsaya terangkan disini bahawa Nik Aziz juga bercita-cita untuk menggulingkankerajaaan Barisan Nasional. YB Nurul Izzah juga memiliki niat yang sama.Timbalan Pr! esiden P as Mat Sabu juga bercita-cita untuk mengulingkan kerajaanUnited Malays National Organisation. Lim Kit Siang anak beranak pun mahumenggulingkan kerajaan hari ini.
MalahNajib Razak sendiri secara terbukaberniat untuk menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Datuk MustapaMuhamed telah merancang dengan licik dan lama untuk menggulingkan kerajan Pasdi Kelantan. Justeru menggulingkan kerajaan bukan satu jahat.
Laluditimbulkan hujjah bahawa Nik Aziz, Mat Sabu, Lim Kit Sing atau Nurul Izzahmahu menggulingkan kerajaan United Malays melalui pilihan raya. Tetapiseluruh rakyat Malaysia sedar bahawa mustahil United Malays NationalOrganisation akan dapat digulingkan melalui pilihan raya.
Darisinilah muncul wacana hakiki tentang kemustahilan kerajaan zalim ini digulingkan melalui pilihanraya. Mustahil kezaliman ini dapat ditamatkanmelalui pilihan raya. Tidak mungkin United Malays National Organisationakan kalah dalam pilihan raya. Ini kerana sistem pengundian sistem pilihanraya itu telah direka dan dibuat untukmemastikan United Malays National Organisation akan terus menang.
Menuntutpilihanraya bersih dan adil perjuangan Bersih - adalah satu kerja yang baik. Tetapi mustahilUnited Malays National Organisation akan melunaskan 8 Tuntutan Bersih. MustahilParti Ketuanan Melayu ini mahu menjalankan satu pilihan raya yang bebas dan adil.Dalam pilihan raya yang bebas dan adil Pakatan Rakyat akan menang manakalaUnited Malays National Organisation akan dimasukkan ke dalam tong sampahsejarah.
Keranaitu United Malays National Organisation telah menjalankan pelbagai bentukpenipuan dalam pilihan raya. Telah dibuktikan bagaimana dalam PRU13 yang lalu Pakatan Rakyat telahditipu. Pengundi Pakatan Rakyat telah ditipu.Kemenangan rakyat telah dicuri. Kerana ini rakyat marah. Inilah sebab orangramai turun ke jalan raya.Lalutimbul lagi persoalan Apakah dengan tunjuk perasaan ini akan berlakuperubahan. Jawabnya: Boleh berlakuperubahan. Dalam satu demo yang besar ianya akan memberi tekanan yang kuatterhadap Najib Razak dan kuncu-kuncunya dalam United Malaya National Organistaion. Kalau satu juta rakyat turun kejalan raya. Kalau ratus ribu rakyat turun ke Dataran Padang Merbok dan merekaTIDAK berganjak dari menuntut 3 Tuntut #TIPU505maka elit politik akan retak dan pecah.
Lihatsekarang bagaimana Pengerusi SPR telah membuat kenyaataan bahawa dia telahmenjalankan tugas dengan baik maka tidak perlu letak jawatan. Kenyataanini bukan ditujukan kepada penyokongdemo jalan raya. Kenyatan ini ditujukan kepadatuanya bernama Najib Razak. Den dahbuat kojo jahat apo pulak kao nak buang den inilah isi hati si penjenayah yangsemakin sedar tali gantung telah semakinhampir.
Kenyataanterbaru dari Pengerusi SPR ini lagilawak dan lagi seram. Si Mamat ini kinimerasa sedih dan kecewa kerana dakwatkekal TIDAK kekal. Lihat bagaimana berapa hari sesudah PRU13 dijalankan Si Mamat ini amat anggkuh dan kurang ajar.Mamat ini telah menolakk wujudnya penipuan dakwat kekal. Lampu padam tidakwujud. Gambar lampu padam ditempat pengiraan undi sengaja diada-adakan. Semua hujah Pakatan Rakyat dianggap fitnah..
Perubahanbunyi suara Pengerusi SPR ini membuktikan bahawa politik jalan raya telah membawa hasil. Kini rakyat Malaysia juga sedarbahawa elit politik dalam United Malays National Organisation sedang retak.Mereka sedang bergaduh tuduh menuduh menyalahkan satu sama lain. Kini telah ada ura-ura untukmenendang Najib. Ada rancangan untuk menobatkan Tengku Razaleigh sebagai ganti.
Perubahanpolitik ini TIDAK akan berlaku jika rakyat TIDAK turun ke jalan raya. Kalau orang ramai tidak turun ke jalan raya menolakpenipuan maka gerombolan United Malya National Organisation akan terusberkenduri kendara merompak harta negarakita.
Jikarakyat TIDAK turun ke jalan raya maka dunia luar tidak sedar tentang penipuanyang telah berlaku dalam PRU13. Masyarakat dunia juga tidak sedar bahawa rakyatMalaysia telah menolak keputusan PRU13. Semua ini akan berubah pada Sabtu 22Jun ini. Pada petang Sabtu ini ratusanribu rakyat di jalan raya adalah papanposter rakyat Malaysia kepada rakyat dunia. Papan ini tertulis :Bahawa rakyatMalaysia menolak keputusan PRU13.Inilah kejayaan politik jalan raya. Imej-imej orangramai dijalan raya akan tersebar luas keseluruih dunia. Gambar-gambar anak muda ! di Datar an Padang Merbok akan manaikkan taraf anak muda Malaysiasebaris dengan anak muda di Dataran Tahrir. Imej-imej berdemo akan menobatkananak muda Malaysia setaraf dengan anak-anak muda di Dataran Taksim.
Kita bukan Arab Spring, kita bukan meniru DataranTahrir , kita bukan mengikut anak muda Turki adalah cakap cakap kosong.Yakinlah bahawa ramai rakyat Malaysiaini mahu melihat Najib di tangkap saperti Husni Mubarak. Yakinlah majoritirakyat Malaysi 52% - mahu menghancurkan United Malays National Organisation. Yakinlah bahawa ramai anak mudapada Sabtu ini ingin membuat sejarah sama saperti di Dataran Tahrir atau di Dataran Taksim. Ini kerana dunia ini akhirnya adalah milik anak muda. (TT)

NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar mingguan
SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akhbar ini
sila pukul talipon : 03-92-21-10-45
----------


Comments