MEMAHAMI POLITIK JALAN RAYA
HANYA SATU PILIHAN
JALAN RAYA
TIDAKADA PILIHAN
SatuDunia telah tahu bahawa United Malays National Organisation telah menipu untukmenang dalam PRU13. Bukti paling jelas ialah apabila Presiden Indonesia SusiloBambang bertemu dengan Anwar Ibrahim di Bali. Anwar dilaporkan oleh media Indonesia sebagai tamu resmi Presiden Bambang.
Bertemusebagai tamu ini bukan satu yang asing. Menyambut Ketua Pembangkang dari negaramana pun bukan satu yang salah. Ini tugas resmi seorang Presiden. Tetapi apayang jengkel apa yang ganjil ialah Najib Razak juga sedang berada diJakarta pada waktu dan ketika yang sama. Najib Razak ialah Perdana Menteri bukanKetua Pembangkang ( belum lagi). Tetapi Najib Razak TIDAK menjadi tamu BambangSusilo. Najib hanya pukul talipon. Pelik?
Bukanpelik tetapi dalam bahasa diplomasi dalam bahasa adat istiadat negara perbuatan pukul talipon ini dibaca sebagaisatu penghinaan. Najib hanya dapat memukul talipon bercakap dengan Bambang walhalAnwar Ibrahim duduk bersembang panjangdengan Bambang.
Untukmemedihkan luka didada Najib Razak kelihatan di seluruh kota Jakarta papan iklan yang memaparkan wajah Anwar danWan Azizah dengan ucapan Selamat Datang. Mustahil iklan besar berwajah Anwarini gagal dilihat oleh Najib kerana ianya terpampang merata-rata. Siapa punyakerja memasang iklan ini? Jawabnya: wallahhualam bisawwab.
Apasebenarnya sedang berlaku? Apa yangsedang berlaku ialah keputusan PRU13 ini telah menimbulkan kesangsian oleh negara-negara jiran. Mereka melihat jelasbahawa penipuan telah berlaku. Dalamnegara Asean mungkin hanya negara Singapurayang tergolek dog ketawa puas hati apabila Najib dikatakan menang. Ini keranaNajib Razak amat senang untuk dibeli oleh Singapura.
JemputanBambang kepada Anwar dan keenggananBambang menyambut Najib itu dalam bahasa diplomasi ialah : Indonesia tidakmenerima bulat bulat keputusan PRU13. Bahasa daqn nahu diplomasi ini amat halus.Kita hanya membaca tanda dan makna dari cara Najib memukul talipon untukbercakap dengan Bambang.
Ketikasaya menulis ini parlimen sudah mula bersidang. Para ahli parlimen telah angkatsumpah. Tetapi yakinlah bahawa kes Tipu PRU13 ini belum selesai. Orang ramai , anak muda dan dan anak semua bangsa TIDAK berpuas hati kerana kemenanganPakatan Rakyat telah dirampas oleh United Malays National Organisation. Ketidakpuasan hati ini pasti akan diterjemahkan. Yakinlah.
KeangkuhanPengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR bukan satu yang tidak baik. Sebenarnyamereka berdua ini telah banyak membantu menaikkan kemarahan orang ramaiterhadap lembaga SPR itu sendiri. Semakin banyak kenyataan yang keluar darimulut malaon berdua ini semakin merundum keyakinan orang ramai terhadaplembaga SPR.
Selesaisahaja PRU13 i! ni kelih atan semakin ramaiwarga Malaysia mendapat kesedaran bahawa sistem pilihan raya di Malaysai ini sebenarnya hanyalahgula-gula untuk menipu orang ramai.Gula-gula yang dibungkus dengan kertas bernama demokrasi.
Bertahun-tahunsaya telah menulis, berceramah dan berforum menerangkan tentang sistem pilihan raya di Malaysia ini adalah sistem pemilihan yang menipu. Sayatelah ke hulu ke hilir. Berbuih-buih bercakap. Berbuku jari tangan mengetikkomputer untuk menuliskan fakta penipuan yang telah, yang sedang dan yang akandirancang untuk membolehkan United Malays National Organisation menang.
ApabilaPRU13 sampai dan selesai saya merasa cukup senang hati. Tesis dan teori saya tentang pilihan raya di Malaysia telah dilihat jelas. Untuksaya, pada 5 Mei 2013 bukan hari membuang undi. Hari 5 Mei 2013 itu ialah hari kuliah akhir dari siri kuliah-kuliah dan syarahanyang telah saya beri.
Pada5 Mei yang lalu pencerahan tentang tentang penipuan dalam pilihan raya dilihat secarapratikal dengan terang oleh para pengundi.Kalau dulu ada yang merasa was-was , ada yang merasa sangsi tentang apayang saya tulis. Ada yang menuduh saya menabur aji-no-moto pada sup tulangkering yang tidak berdaging. Saya dikatakan berupaya membesar-besarkan pekara-pekara kecil. Tetapisesudah 5 Mei ini jelas kelihatan bahawa apa yang selama ini saya tulis adalahtepat dan betul. PRU13 adalah penipuan.
PenipuanPRU13 ini muncul dari sebuah kerajaan yang menjalankan dasar yang zalim. Dasarpolitik dan dasar agihan ekonomi yang tidak menyebelah kepada orang ramai.Rompakan harta negara atas namapembangunan. Menjarah tanah orangkampong atas nama pembangunan. Meram! pas tana h dalam bandar atas nama MRT. Semuaini telah diketahui ramai. Semua kejahatan dan kezaliaman ini di ketahui umum.
Justeruuntuk meneruskan kuasa melalui satu pilihan raya yang adil dan bersih adalahmustahil. Dalam dalam masa yang sama saya rasa telah berjaya memaparkan bahawadalam negara Dunia Ketiga ini, dalam pemerenthan yang zalim dan korup kerajaanzalim mustahil dapat diganti melalui pilihan raya.
Dalampada itu saya yakin ramai dari ahli parlimen dan para YB dari Pakatan Rakyatmasih memiliki ilusi bahawa pada PRU14 nanti mereka akan berjaya melakukan ledakan kemenangan. Saya yakin ramai diantaraYB dari Pakatan Rakyat memiliki mimpi dan angan-angan bahawa jika merekaberkempen lebih kuat lagi, menjerit lebih kuat lagi, berdoa lebih buih pastiPakatan Rakyat akan berjaya. Malah ada yang merasa bahawa para YB bukan sahajawajib pergi ziarah kematian pengundi di kawasan malah para YB juga patut menggali kubur untuk Si Arwah.
Kenapaada ilusi ini? Kenapa ada angan-angan ini? Apakah mereka tidak dapat melihatdari apa yang telah berlaku dalam PRU13 ini? Atau apakah mereka bebal sekalihinggalkan gagal untuk melihat bahawa yang mereka lawan bukan parti UnitedMalays National Organisation tetapi satu sistem yang akan memastikan UnitedMalays National Organisation terus menang.
Partapolitikus yang memiliki pandangan bahawa pada PRU14 Pakatan Rakyat akan menangsebenarnya sedar akan kemustahilan untuk mengulingkan sebuah rejim yang zalimmelalui pilihan raya. Merekja sedar tetapi mereka takut mengahadapi kenyataanbahawa jika bukan pilihan raya maka tidak dapat tidak jawabnya pilihan jalanraya.
------------
Mustahilpara politikus ini tidak membaca akhbar dan melihat bagaimana Muhamad RezaPahlavi telah dihumbankan oleh gerakan jalan raya di Iran. Atau u melihatbagaimana Haji MUhamad Suharto dan Marcos dihumbankan oleh rakyat. Mungkin nama-namaini terlalu lama tersimpan dalam sejarahdan para politikus ini terlepas pandang. Bagaimana pula dengan gerakananak muda dijalan raya yang menggulingkan HosniMubarak? Mustahil mereka tidak membaca kerana ini berita terhangat hanya berlaku dua tahun dahulu.
Sayaamat yakin dan amat sedar bahawa para politikus ini tahu tentang gerakan anak-anak muda yang menggunakan jalan raya untukmenggulingkan rejim yang zalim. Mereka melihat apa yang berlaku. Lalu mereka secarasedar menuduh bahawa rakyat dalam negaraini belum sampai ke tahap itu. Kita sering mendengar kata-kata politikus inibahawa Malaysia ini lain. Kita juga mendengar hujah politikus ini berkatabahawa rakyat belum bersedia.
Justerukita mendengar ucapan yang mengatakan kita ini bukan Arab Spring. Negara kitabukan macam negara Arab. Malah mereka tidak berani mengasosiasikan Dataran Tahrirdengan Dataran Merdeka.
Sebenarnyayang TIDAK bersedia bukan rakyat tetapi orang yang berkata rakyat belumbersedia. Rakyat dituduh sebagai TIDAKbersedia. Rakyat dituduh belum berani. Biar saya terangkan disini bahawa rakyatsentiasa bersedia. Rakyat sentiasa beranimahu membuat perubahan. Jika rakyat belum bersedia sila terangkanbagaimana 52% rakyat Malaysia inimemilih Pakatan Rakyat dan menolak total United Malays Natioonal Organisationdalam PRU13?
Kitajuga sering mendengar hujah bahawa diMalaysia ini! belum a da yang mati untuk melahirkan kemarahan rakyat. Sesiapayang mengeluarkan pendapat ini adalah sosok bengong yang wujudiahnya hanyamenghabiskan oxygen. Mereka terlupa pembunuhan di Memali. Mereka terlupa Kugan,Francis, Teoh Beng Hock, Sarbini, Aminulrashid. Malah tahun ini sahaja 6 orangwarga telah tewas dibunuh oleh pihak berkuasa.
Apayang ingin saya sampaikan disini ialahjika sistem pilihan raya yangwujud hari ini tidak ditukar maka sampai kiamat pun United Malysa National Organisation akanterus berkuasa. Dalam masa dua tahun ini perubahan wajib dilakukan. RakyatMalaysia tidak ada pilihan kerana ketika saya menulis ini SPR yang disokongoleh jentera daulah sedang merancang untuk membuat persempadanan semula.
Persempadansemula ini adalah batu nisan. Persempadan semula ini bukan hanya batu nisan yang memustahilkan apa-apaperubahan boleh berlaku. Persempadanan semula ini akan melucutkan kerusi-kerusiparlimen yang ketika ini di menangi oleh Pakatan. Ini makna hakiki persempadansemula.
Apakahyang saya tulis ini dongeng? Tidak. Ini membuktikan kata-kata bahawa jika pilihanraya itu boleh mengubah apa-apa maka pilihan raya itu akan diharamkam. PRU13menunjukkan pencapaian cemerlang untuk Pakatan Rakyat Maka persempadanan semulaini adalah strateji untuk mematikanlubang-lubang yang berjaya memenangkan PakatanRakyat. Jelas kita tidak ada pilihan. Melaluipilihanraya rakyat telah ditiou. Kita hanya ada pilihan jalan raya.
Jikaapa yang saya tulis ini tidak benar maka saya ingin bertanya : kenapa PresidenBambang Susilo berkata pemilu di Malaysia satu kecurangan terlampau. (TT)
!
!
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar mingguan SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggar sila
pukul talipon : 03- 92-21-10-45
------------
Comments