TERUS BERHIMPUN DI DATARAN PADANG MERBOK




NOTA

khemah telah dipasang
anak anak muda telah berkhemah
perjuangan menuntut spr letak jawatan diteruskan

anak anak muda ini akan berkhemah
hingga pagi isnin
dipagi itu parlimen akan bersidang

justeru
orang ramai
warga kota
yang marah keran ditipu oleh spr
diminta semua datangberhimpun
ke dataran padang merbok
seawal jam 8:00 pagi isnin 24 jun 2013
parlimen bersidang jam 9:00

ini untuk meneruskan
tuntutan spr letak jawatan

KHEMAH TELAH DI PASANG


Sekitar100 khemah

didirikan di Padang Merbok

KUALA LUMPUR:Himpunan di Padang Merbok diteruskan dan masih ramai yang tidak akan pulang ! selagi 7 anggota tertinggi SPR tidak melepaskan jawatan.

Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan memberitahu, sehingga jam 7 petang tadi, hampir 100 buah khemah telah dinaikkan sedikit demi sedikit.

Katanya, kelihatan juga bukan sahaja khemah dari kumpulan NGO #SuaraRakyat505, tetapi terdapat banyak lagi khemah datangnya dari orang ramai yang menyokong perhimpunan lebih dari sehari ini.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, dijangka ramai yang kembali memenuhi Padang Merbok dengan persiapan dan kelengkapan yang cukup.

Juga, ujarnya akan bersama sepanjang malam ini adalah termasuk Ahli pPrlimen Batu dan Bachok, Tian Chua dan Ustaz Marzukh, Isham Rais, Haris Ibrahim, Arul, Chegu Bard dan ramai lagi.

Ayuh bersama, kita mampu menjadikan kelainan untuk kali ini. Pulang hanya bila menang, anak muda mencipta sejarah. Biarlah malam ini menjadi satu permulaan yang hebat, ujarnya lagi.


PERMULAAN SEJARAH
MENENTANG PENIPUAN
PILIHAN RAYA


--------

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

Omegay: Antara Polling Agent & Counting Agent

KONDOM BUKAN SARONG TANGAN TAPI SARUNG KOTE