SALUT NAK MUDA YANG BERANI


SALUT ANAK MUDA YANG BERANI
kau tinggalkan kucupan kekaseh mu
kau tinggalkan ibu dan ayah
kau tinggalkan rumah dan kenalan
kau tinggalkan negara dan kota
kau berkelana
mengikut hati
mengikut rasa

kau anak muda yang berani

kau bocorkan rahsia negara
rahsia jahat kaum imperialis

kau bocorkan rancangan jahat
kaum militer
kau bocorkan
rancangan jahat para cukong
yang ingin menaklok dunia

snowden
hari ini kau di moscow
esok kau entah ke mana
ikutlah hati kau

berkelana lah
jauh dari sanak saudara
jauh dari kampong kelahiran mu
jauh dari rakan dan teman
kau berkelana
kerana kau anak muda yang berani
kerana kau mahu
mengubah dunia

snowden
assange
bradley manning
a mengikut jejak tapak daniel ellsberg
selagi ada anak anak muda yang berani
maka dunia ini akan selamat
selagi ada anak muda yang berani
dunia ini akan sehat

SALUT
ANAK MUDA YANG BERANI

SILA DENGAR
RASA HATI SEORANG ANAK MUDA
PERJUANGAN MENEGAK KEADILAN
PERJUANGAN MELAWAN KEZALIMAN


ANAK MUDA MALAYSIA
JANGAN LEPASKAN
MAT LANCHOW INI
BURU SAMPAI TERSUNGKUR


-------

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

Omegay: Antara Polling Agent & Counting Agent

KONDOM BUKAN SARONG TANGAN TAPI SARUNG KOTE