HARI KETIGA KITA BERPUASA - MENCARI IKAN TERBAIK
PASAR BALOK TOP LISTING
MENCARI IKAN SEGAR
kelmarin aku bergerak menuju
ke sekincan untuk mencari ikan segar
telah mendengar khabar
bahawa dalam jam 6 petang
nelayan akan membawa tangkapan
mereka mendaratkan tangkapan
dalam perjalanan yang jauh ini
melintasi deretan panjang
warung warung jajan
di kuala selangor
melihat dari jauh
bazar ini kelihatan sibuk dan meriah
tidak berhenti kerana
ingin sampai ke sekinchan
kemudian berhenti di tanjung karang
ada pasar minggu
ke gerai ikan
ikan ikan kecil yang tidak menarik
lalu membeli saekor ikan sungai: lampam jawa
dan satengah kilo lala
satengah kilo jering muda
juga membeli air tebu sebagai
bekal untuk berbuka
dalam perjalanan ke sekinchan
SEKINCHAN YANG MENGECEWAKAN
sesudah jam 6
sampai ke sekinchan
lalu terus ke tempat nelayan
memang betul ikan sendang naik
KECIL DAN MENGECEWAKAN
tapi kecewa kerana yang naik
hanyalah ikan kecil
sotong yang kelihatan telah berumur
mungkin telah 3 atau 4 malam
tidur dalam peti air batu
keliatan mak cik china dan amoi
juga menunggu sama
mereka telah mengambil ikan-ikan
besar terlebih awal
masuk ke bazar ramadan sekinchan
amat menyedihkan
tak ada selera melihat bazar ini
mungkin kerana dibuka dalam kawasan pasar
maka sang lalat berterangan
yang sang bau busuk juga merayau-rayu
PUSING KE KU! ALA SELA NGOR
di kuala selangor ada pasar ikan
kalau nasib baik
masih ada ikan
berbuka air tebu dalam kereta
nasib baik masih ada 5 buah gerai
yang masih menjual ikan walau pun
telah masuk senja
lalu membeli saekor senangin
dan saekor ikan tongkol puteh
BERITA MEMERANJATKAN
adalah diberitahu bahawa
satu kilo ikan tenggiri ialah 40rm
satu kilo ian bawal puteh uialah 50rm
satu kilo ikan senangin 25rm
satu kilo ikan merah 25rm
patutlah ramai yang makan ayam
kerana harga murah
pasal makan ayam jadi gemok dan montok
TIDAK SESEGAR YANG DIIDAMKAN
MAKAN TEPI SUNGAI
untuk makan malam
singgah di restoran makanan laut
yang amat popular dengan
pelancung yang datang untuk melihat kelip-kelip
memesan stim kerpau dengan sos soya
memesan daun keledek dengan bawang puteh
teh china
dan dua gelas kosong untuk
air tebu yang agak banyak
NOTA:
air tebu 3rm yang dibeli
di tanjung karang masih ada
setengah botol dlaam peti ais
untuk teman berbuka petang in
SELAMAT MAKAN - bon appetit
layari radio bangsar untuk cerita makan:
Comments