SELAMAT BERBUKA PUASA HARI KE LIMA
PASAR CHOW KIT YANG AMAT TERKENAL
PASAR CHOW KIT
petang ni aku pergi ke pasar chow kit
udang sotong lala
terong bendir dan
tomato hanya 2rm sekilo
tak lupa beli belacan
yang tidak berjenama
satu masa dulu
aku seorang belacan kolektor
dah pencen dg hobi ini
BUAH DAN BUAH BUAH
ini tempat terbaik membeli buah
kawasan ini agak kotor
tapi inilah wilayah
dimana boleh membeli
dengan harga yang murah
3 kilo manga 9rm
3 kilo manggis 10 rm
18 biji apple 10rm
2 biji buah naga 6rm
PASAR BUAH CHOW KIT
BERBUKA PETANG INI
untuk mengingati perjuangan
anak muda arab
untuk mengingati
perjuangan bouazizi
aku beli kurma dari tunisia
aku juga mendapat sekotak kueh melayu
hadiah kawan yang anaknya meniaga kueh melayu
HANYA MELIHAT GAMBAR - AKAN DICARI
PALING SPESIAL
ialah gulai itik
ini masakan achehtelah hampir 4 tahun
aku megikuti masakan itik ini
aku tidak makan ayam
tapi aku suka itik
itik yang dipanggang
itik yang disula
itik yang di rendang
itik oh itik
ini masakan oleh ali
tuan empunya kedai itik
aku telah lama kenal ali
ini kerana aku telah pernah
kenalkan ali kepada pembaca tapai
dalam off the edge
BURUNG YANG BERNAMA ITIK
KENAPA ITIK
itik ini adalah burung
yang tidak mungkin
dapat dibodohkan macam ayam
itik bebas berlari dan bermandi
tak mungkin itik duduk dalam sangkar
malah di peranchis
di china untuk mengemokan itik
dilakukan dengan ganas sekali
mulut itik dibuka
dan dipam dengan makanan
di malaysia itik masih lagi
lari berkeliaran
NOTA:
sesiapa tahu makanan spesial
untuk bulan puasa ini sila hantar
ke radio bangsar utama
mari kita berkongsi
mari kita bertukar rasa
mari kita sama sama
merayakan pesta kehidupan
hantar : radiobangsarutama@gmail.com
Comments