SELAGI SISTEM EKONOMI KAPITALIS WUJUD - SELAGI ITU PERANG AKAN BERTERUSAN
AKHIRNYA KE SINI JUGA
Ada satu pekara yang wajib diluruskan dahulu untuk memahami kesemua apa yang telah saya tulis tentang politik dunia dan khususnya tentang politik Timur Tengah. Pekara ialah cara kita membaca agar dapat memahami makna yang tersirat dari berita yang dibaca. Dan bagaimana untuk menghubung kaitkan semua berita-berita ini ke dalam satu peta untuk kita dapat memahami keadaan keseluruhan duduk pekara.
Adalah satu kesilapan besar jika membaca satu-satu berita itu secara terpencil - bersendirian. Misalnya, hanya membaca berita tentang Libya atau hanya membaca berita tentang Iran atau Iraq. Jika kita membaca secara terpencil dan terpisah-pisah maka kita akan gagal untuk memahami keseluruhan gambaran politik yang sedang berlaku.
Berita tentang kematian Gadaffy di Libya berkait dengan berita pemberian dana oleh Raja Saudi kepada rakyatnya, juga berkait rapat dengan berita pertemuan penjanjian baru antara Nato dengan Turki, juga berkait rapat dengan pertemuan putera Raja Saudi dengan Menteri Pertahanan Malaysia, juga berkait dengan berita tunjuk perasaan di Manama, juga berkait rapat dengan serangan bom oleh kapal terbang drones di Wazirtan, dan berkait rapat dengan tindakan Najib menjualkan tanah Felda kepada pemodal asing.
ANAK MUDA BANGUN MELAWAN
Semua berita-berita ini ada hubung kait. Keupayaan fikrah kita ialah untuk menghubung kaitkan semua berita ini ke dalam! sebuah peta untuk kita berupaya melihat apa sebenarnya sedang berlaku. Berita-berita ini adalah menifestasi dari satu induk berita yang lebih besar.
Untuk memahami apa yang tersirat dalam berita-berita ini kita wajib mengetahui apa dia politik dunia hari ini. Apa jenis politik yang dominan dalam dunia hari ini. Tanpa memahami politik dunia kita akan gagal untuk memahami apa yang sedang belaku dalam politik Malaysia.
Sesudah tamatnya Perang Dingin politik dunia yang dominan ialah politik kuasa imperialis Amerika. Dengan sistem ekonomi kapitalis, Amerika telah meluaskan empirenya ke seluruh dunia. Mengikut laporan Pentagon tahun 2003 : Amerika pada hari ini memiliki 702 pengkalan tentera di 140 buah buah negara. Dalam negara Amerika sendiri terdapat 6,000 pengkalan tentera. Inilah empire yang terbesar sekali dalam sejarah dunia berpuluh kali ganda besarnya dari Empire Iskandar Zulkarnain, dari Empire Napoleon, dari Empire Kublai Khan atau dari Empire Melaka.
Ekonomi dan politik dunia telah ikat mengikat. Tidak ada lagi wilayah dalam dunia ini yang terpencil. Dengan teknoloji yang wujud dan ilmu pengetahuan yang ada kita boleh menganggap dunia ini semakin mengecil. Pergerakan manusia dan penyebaran maklumat bagitu pantas sekali, justeru secara nisbah persepsi kita telah mengecilkan dunia ini.
Justeru ibu kepada politik dunia hari ini ialah politik Empire Amerika. Hegemoni politik dunia hari ini lahir dari kuasa imperial Amerika. Kuasa imperial Amerika ini ialah kuasa bala tentera Amerika yang berselirat di sekeliling dunia. Kuasa ketenteraan ini bertujuan untuk memastikan kaum pemodal multinasional akan mendapat keuntungan maksima melalui pelaburan dan pemasaran. Empire Amerika akan memastikan melalui bala tenteranya ya! ng siste m ekonomi kapitalis ini akan terus dipertahankan.
Kuasa imperial Amerika yang ingin mempertahan sistem ekonomi kapitalis telah dan sedang melahirkan gerakan politik diseluruh dunia hari ini. Sistema ekonomi kapitalis yang berkiblatkan keuntungan maksima sedang melahirkan krisis yang maha hebat diserata dunia. Sistem kapitalis ini sedang dilawan oleh rakyat dunia dalam pelbagi bentuk. Ada yang mengangkat senjata melawan sistem kapitalis, ada buruh yang bangun melawan dengan mogok, ada yang melancarkan occupy dan ramai warga Eropah Barat sedang turun bertempur dijalan raya untuk menentang sistem kapitalis.
Penentangan terhadp sistem ekonomi kapitalis ialah kerana sistem ini bertujuan untuk memusatkan keuntungan dan kekayaan dunia ini kepada satu kumpulan kecil. Kumpulan kecil ini akhirnya memiliki kuasa ekonomi dan kuasa politik. Dari laporan dan statistik resmi kerajaan Amerika kita mengetahui bahawa hari ini 10% warga Amerika memiliki 75% harta kekayaan manakala 25% lagi dibahagikan kepada 90% warga Amerika. Mereka yang 10% ini jugalah yang memiliki harta kekayaan dunia ini.
Justeru, kumpulan yang kecil inilah yang sedang mendominasi dunia. Kumpulan ini memiliki kuasa untuk menaik dan menurunkan Presiden di Rumah Puteh. Kumpulan ini ialah kaum pemodal tuan-tuan empunya industri persenjataan. Tuan empunya perniagaan industri senjata inilah yang sedang merancang dan mengarahkan gaya, lenggok dan wacana politik dunia hari ini. Tidak ada mana-mana negara dalam dunia ini yang akan dapat membebaskan diri dari pengaruh dan campur tangan industri senjata ini.
Dengan ini kita sedar bahawa Gadaffy dibunuh kerana keperluan kaum pemodal industri senjata ini. Kita juga wajib sedar bahawa sekatan ekonomi kea! tas Ira n juga adalah sebahagian dari strateji industri senjata. Industri senjata memerlukan perang. Tanpa perang kilang senjata ini akan ditutup. Jika tidak ada perang maka kapal terbang pengebom, kapal selam, kereta kebal, drones, roket berpandu , bom , peluru tidak akan dibuat. Kilang senjata akan ditutup.
SELURUH SENJATA KE DADA ZIONIS
Mustahil ini akan berlaku. Sistem ekonomi kapitalis memerlukan perang untuk terus berkembang. Dengan adanya perang senjata akan dapat dimusnahkan dan yang baru akan dibuat.
Justeru Israel berperang dengan Arab adalah baik. Saudi membeli senjata dan memberikan pada gerila untuk membunuh rakyat Syria adalah baik. Saudi menyerang Iran adalah baik. Semua bentuk perang dan kacau bilau akan membawa keuntungan kepada industri senjata. Meniaga menjual senjata adalah perniagaan yang paling menguntungkan dalam dunia ini selain dari menjual agama. Kedua-dua perniagaan ini berasaskan ketakutan dan keselamatan. Arab ditakut-takut kan dengan senjata Israel. Maka negara-negara Arab akan berlumba-lumba membeli senjata dari tuan punya kilang senjata.
Sabentar! Disini ingin membuka satu wacana yang mungkin dilihat jauh panggang dari api. Wacana yang ingin saya timbulkan disini ialah peranan industri perang dalam politik Malaysia. Ini bukan tentang Najib mendapat komisen kapal selam. Atau tentang berbilion ringgit yang akan dibelanjakan oleh Malaysia untuk terus menerus membeli senjata. Walau pun Malaysia semenjak wujud tidak pernah masuk perang.
BANGUN LAWAN IMPERIALIS AMERIKA
Wacana yang ingin saya beritahu pembaca ialah tentang 22,500 ekar tanah yang akan diambil alih dari 18 buah kampong dengan jumlah penduduk seramai 30,000 orang di Pengerang. Pada pembacaan saya Pengerang sedang dijadikan wilayah geo-politik oleh industri senjata imperial Amerika.
Mustahil? Apakah saya membuat lawak seram? Atau saya telah hilang akal? Jawabnya tidak. Tanah seluas ini akan dijadikan wilayah terbesar di Asia untuk menyimpan dan menapis minyak. Simpanan minyak ini bertujuan untuk bekalan bala tentera Amerika.
Mustahil? Ini fitnah. Ini tohmah dan khabar angin yang tidak bertanggung jawab? Untuk memahami apa yang saya nyatakan diatas kita diwajibkan memiliki keupayaan untuk membaca dan mengkaitkan semua berita-berita yang baru dilaporkan beberapa bulan yang lalu. Berita-berita ini kita jadikan peta agar kita dapat melihat gambar yang lebih besar.
Pada 30 May NST telah melaporkan dengan bangganya Najib Razak telah didatangi oleh Senator John McCain dan Senator Joseph Lieberman. Apa yang dibincangkan tidak diketahui. Tetapi dunia tahu bahawa Lieberman ialah seorang pimimpin gerakan Zionis. Sebagai saorang senator Lieberman sentiasa siap mempertahan kepentingan Israel. NST memberitahu bahawa dua orang senator ini dalam perjalan ke Persidangan Pucak Keselamatan Asia di Singapura.
NYANYIKAN LAGU INTERNATIONALE
Sebelum persidangan berlangsung Hillary Clinton telah pernah menulis dalam majalah Foreign Affairs majalah garis politik, dasar dan idealoji imperial Amerika. Hillary mengatakan bahawa bala tentera Amerika darat, laut dan udara akan berpindah ke Pasi! k. Hilla ry juga meminta negara-negara di Asia Tenggara jangan risau tentang berkembangan ini.
Setiausaha Pertahanan Amerika Leon Panetta turut sama dalam persidangan di Singapura ini. Ini satu persidangan yang amat penting untuk warga Asia. Kerana ini saya ingin memaklumkan kepada para pembaca bahawa telah ada perjanjian senjata antara Amerika/Singapura semenjak tahun 1990. Lapangan Terbang Paya Lebar boleh digunakan oleh Amerika. Pada tahun 1999 satu lagi perjanjian telah membolehkan Amerika menggunakan Pengkalan Tentera Laut Changi untuk kapal perang Amerika berlabuh. Tentera Amerika akan melatih tentera Singapura bermula pada tahun 2013.
Kuasa imperial Amerika sekali lagi telah dibenarkan oleh Siam dan Filipina untuk membuka pengkalan tentera dalam negara mereka. Pada hemat saya semua ini adalah persediaan Amerika untuk mengepong China. Dalam pembacaan imperialis Amerika China adalah negara yang berpotensi untuk menandingi dan melawan Amerika. China memiliki ekonomi kedua tebesar dalam dunia. Tidak lama akan dapat menundukkan kekuatan ekonomi Amerika.
Justeeru, dalam geo-poltik politik hari ini tanah di Pengerang - yang terbuka ke Laut China Selatan - cukup stratejik untuk menjadi wilayah pembekal minyak untuk bala tentera Amerika. Persoalan hari ini bukan lagi apa yang saya tulis ini saheh atau tidak. Persoalannya ialah apakah dasar Pakatan Rakyat dalam hal ini? (TT)
NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon : 03-22-72-40-45
Comments