KALAU TERUS MENIPU DAN GEROMBOLAN MENANG KITA TURUN KER JALAN RAYA
KOMENTAR TUKAR TIUB
kalau penipuan diteruskan
kalau gerombolan menang kerana tipu
kalau 8 tuntuan tidak di tunaikan
dan gerombolan menang
maka rakyat wajib turun ke jalan raya
turun ke jalan raya menolak penipuan
SPR PERLU UTAMAKAN PENYELESAIAN BUKAN PENJELASAN
Kenyataan Media, 27 Julai 2012
BERSIH 2.0 melihat buku terkini yang diterbitkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertajuk "Daftar Pemilih: Isu dan Penjelasan" merupakan pemilihan prioriti yang salah dan ingin mengingatkan pihak SPR agar kembali memberi tumpuan kepada tugas yang lebih utama iaitu membersihkan proses pilihanraya.
Kami tetap berpendirian, jikapun ada usaha-usaha yang dilakukan oleh SPR untuk membersihkan Daftar Pemilih, usaha tersebut adalah terlalu dangkal dan gagal untuk menangani secara komprehensif segala penyelewengan dan penipuan yang telah mencemarkan Daftar Pemilih. Segala bukti penipuan dinafikan oleh SPR sebagai kesilapan perkeranian dan tidak akan berulang. Dalam buku yang diterbitkan, SPR terus berdalih dengan cuba menggambarkan seolah-olah mereka tidak memiliki kuasa untuk menyelesaikan permasalahan yang dibangkitkan oleh BERSIH 2.0 dan gerakan reformasi pilihanraya yang lain.
Oleh yang demikian, BERSIH 2.0 menyeru pihak SPR untuk menjalankan siasatan rapi bagi mengenal pasti kelemahan yang dinyatakan di dalam buku tersebut. Melepaskan tanggungjawab itu kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merupakan alasan mudah dan menunjukkan sifat tidak ikhlas SPR dalam memastikan daftar pemilih berada dalam keadaan yang bersih, tepat dan dikemas kini.
AMARAN TELAH DIBERI
Isu 1, 2, 7, 8 dan 9: Pengundi meragukan dalam daftar pemilih
Merujuk kepada respon pihak SPR, mereka telah cuba untuk mendiamkan isu 3,100,000 pengundi meragukan yang terdapat di dalam daftar pemilih . Isu utama yang perlu diperdebatkan ialah bukan persoalan di mana pengundi boleh mengundi, tetapi mengapa apabila pengundi menukar Kad Pengenalan lama kepada yang baru, daerah mengundi mereka juga berubah, lebih aneh apabila mereka tidak pernah tinggal di kawasan berkenaan. Satu lagi isu yang dipertikaikan adalah kewujudan alamat rumah dengan ramai pengundi berdaftar. Bukti menunjukkan terdapat beberapa rumah yang mempunyai pengundi berdaftar dalam kalangan Melayu, Cina dan India yang berkemungkinan tidak menyedari kewujudan antara satu sama lain. Dalam sesetengah kes, terdapat pengundi yang tidak didaftarkan dengan nombor rumah tetapi hanya menggunakan nama jalan.
BERSIH 2.0 menegaskan bahawa, daripada bergantung kepada setiap warganegara untuk melaporkan kepada JPN bahawa saudara-mara mereka telah meninggal dunia, dan kemudian mengharapkan kepada pihak JPN untuk memaklumkan kepada SPR, SPR sepatutnya atas inisiatif sendiri perlu menjalankan pemeriksaan berkala untuk menyelia samada pengundi yang melebihi umur tertentu (100 tahun ke atas) masih hidup atau sudah meninggal. Tambahan pula SPR mempunyai akses maklumat mengenai tempat tinggal pengundi-pengundi ini, oleh itu, adalah tidak sukar untuk SPR menghantar pasukan khas bagi mengesan pengundi berkenaan.
Dengan berbuat demikian, SPR boleh memainkan peranan proaktif dalam mengenal pasti masalah yang menghalang JPN daripada menangkap dan kemudian memindahkan maklumat mengenai pengundi mati yang kemudiannya mesti dikeluarkan dari daftar pemilih. Apa yang dikhuatiri ialah, identiti pengundi yang sudah meninggal boleh digunakan oleh pihak yang tidak bertanggun! gjawab u ntuk membuang undi semasa pilihan raya. Sememangnya diakui bahawa pengundi mati boleh ditemui pada mana-mana peringkat umur yang melepasi 21 tahun dalam senarai daftar pemilih, namun sebagai langkah awal, usaha untuk mengesan pengundi mati ini perlu dimulakan dengan pengundi berumur lebih tua yang berkemungkinan sudah meninggal tetapi masih di dalam senarai daftar pemilih.
KALAU TIPU KE JALAN RAYA
Isu 3 dan 5: Nama sama, tarikh lahir sama, tetapi jantina mengelirukan.
SPR sepatutnya lebih proaktif dalam mengenal pasti masalah berkaitan nombor kad pengenalan yang tidak sepadan dengan jantina. Menurut buku panduan SPR, hasil konsultasi mereka dengan pihak JPN mencapai satu kesimpulan yang menyatakan "adalah perkara biasa untuk dua nombor terakhir dalam 12 digit kad pengenalan lelaki terdiri daripada nombor genap."
Jika hal ini dikatakan normal, penemuan oleh Malaysian Electoral Roll Analysis Project (MERAP) menunjukkan bahawa terdapat lebih 15,000 kes seperti ini dikenal pasti, jumlah ini mewakili 1.2% daripada 13 juta yang layak mengundi. Ini menunjukkan bahawa sememangnya berlaku kes-kes yang meragukan seperti ini dan menuntut suatu penyisatan terperinci dilakukan supaya kes kad pengenalan yang tidak sepadan dengan jantina ini dapat difahami dan diselesaikan.
Banyak kes yang diketengahkan oleh MERAP adalah melibatkan isu kad pengenalan di Sabah di mana terdapat kejadian kad pengenalan 'dipindahkan' dari satu pengundi ke pengundi yang lain dan ada perpindahan yang melibatkan jantina yang berbeza. Semua kekeliruan ini telah didokumentasikan dengan baik. Oleh itu pandangan masyarakat awam yang mengatakan SPR sepatutnya menjalankan penyias! atan ter perinci mengenai isu ini adalah sangat munasabah.
Kes-kes kesilapan jantina dalam pangkalan data SPR dapat dikesan apabila terdapat lelaki Melayu yang ditunjukkan dengan tanda Bin dan lelaki India dengan tanda A/L telah diklasifikasikan sebagai perempuan dan begitu juga sebaliknya. Penyiasatan yang menyeluruh mengenai isu ini akan dapat memastikan samada kesilapan ini berpunca daripada kelemahan SPR sendiri atau data ini sememangnya data asal yang diperolehi daripada JPN.
INI AMARAN DARI PENGUNDI
Isu 4 : Pengundi dengan alamat tidak lengkap
Pengundi berdaftar yang memiliki alamat tidak lengkap telah dikesan di Selangor dan Kuala Lumpur. MERAP telah menemui beberapa kes pegundi baru yang mendaftar di kawasan yang sama tidak memiliki nombor rumah dan ada yang tidak memiliki nama jalan, sedangkan pengundi lain yang juga mendaftar dikawasan yang sama ada menyatakan nombor rumah dan nama jalan. Walau bagaimanapun, SPR memberi jawapan bahawa perkara ini berlaku kerana pengundi-pengundi ini tinggal dikawasan
setinggan dan di atas tanah sementara
Dalam hal ini, SPR telah menafikan kenyataan MIMOS yang mengatakan wujud kes yang mana lebih 50 pengundi didaftarkan dalam satu alamat. SPR menegaskan pengundi yang berdaftar sebelum tahun 2011 dari Kampung Melayu Majidee Johor Bahru memiliki alamat yang lengkap dengan nombor rumah serta nama jalan dan hanya sedikit yang tidak memiliki alamat lengkap. Masalah ini dijangkakan akan diperbetulkan segera oleh pihak SPR. Tetapi, setelah tahun 2011, maklumat yang ditemui ialah 56 daripada 57 pengundi baru masih tidak mempunyai nombor rumah atau nama jalan dan 55 daripada 56 pengundi ini memiliki kod! 71 dala m kad pengenalan yang menunjukkan mereka lahir di luar negara.
Sistem yang disediakan oleh SPR untuk memeriksa rekod pendaftaran pengundi adalah tidak lengkap. Sistem yang dibina untuk mengesan pengundi dikawasan yang memiliki rekod pendaftaran yang ramai (http://daftarj.spr.gov.my/infoalamat/info.htm) hanya boleh mengesan pengundi yang mendaftar tanpa nombor rumah. Ini bermaksud sistem ini tidak mampu mengesan nombor rumah dan nama jalan tertentu yang memiliki bilangan pengundi berdaftar yang luar biasa. Perkara ini jelas bercanggah dengan praktis yang dilakukan oleh MIMOS yang bukan sahaja mengesan kawasan yang memiliki pengundi ramai tanpa nombor rumah dan nama jalan, tetapi turut mengesan alamat tertentu yang mempunyai bilangan pengundi berdaftar yang ramai.
Isu 9 dan 10 : Pengundi baru yang meragukan dalam kalangan Tentera dan Polis
Sementara SPR mengatakan isteri kepada Pasukan Operasi AM (PGA) layak mendaftar sebagai pengundi pos, analisis oleh pihak MERAP menunjukkan masih ada isteri kepada anggota polis biasa yang berdaftar sebagai pengundi pos termasuk yang berdaftar di balai-balai polis atau Ibu Pejabat Polis Daerah.
Disamping itu, soalan yang masih tidak dijawab ialah, mengapa isteri kepada anggota polis yang ditempatkan di kawasan-kawasan Bandar seperti Cheras masih didaftarkan sebagai pengundi pos sedangkan tidak terlalu sukar untuk mereka mengundi seperti biasa di sekolah-sekolah berdekatan.
Dalam isu pesara polis atau tentera yang masih berdaftar sebagai pengundi pos, SPR mesti memberi jaminan bahawa terdapat perlindungan yang cukup untuk mencegah individu lain samada dalam kalangan polis atau tentera daripada mengundi dengan menggunakan identiti pesara ini. SPR juga mesti memberi jaminan semua pesara polis dan tentera ini tidak didaftarkan sebagai pengundi biasa. Adalah sangat sukar untuk mengesan pendaftaran berganda seperti ini kerana para pesara ini berkemungkinan untuk mendaftar menggunakan kad pengenalan biasa dan mendaftar untuk kali kedua mengguna! kan kad pengenalan tentera atau polis.
Ini menunjukkan SPR telah gagal untuk memenuhi tuntutan pertama BERSIH 2.0 iaitu Bersihkan senarai undi. Keadaan ini akan menyebabkan rakyat semakin meragui integriti Pesuruhjaya SPR yang sedia ada. Oleh itu BERSIH 2.0 sekali lagi menegaskan tuntutan agar mereka segera meletak jawatan kerana telah gagal melaksanakan tuntutan rakyat yang mahukan pilihanraya yang bersih dan adil.
BERSIH 2.0 juga menuntut kerajaan Najib menjalankan audit menyeluruh ke atas senarai daftar pemilih untuk menyaring semua pengundi yang meragukan sebelum pilihan raya akan datang.
KE JALAN RAYA JANJI RAKYAT
Untuk melihat penerbitan SPR, sila klik: http://bm.bersih.org/?attachment_id=2810
Terima kasih.
Keluar Mengundi, Lawan Penipuan!
Salam Bersih!
Jawatankuasa Pemandu
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0)
Comments