Omegay: Krisis Air - Khalid guna kuasa untuk menafikan hak rakyat!


Selangor Ada Kuasa Ketepi Keputusan Syabas - MB
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk mengenepikan sebarang keputusan yang dibuat oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) berhubung kelulusan permohonan pembangunan baru di negeri itu.

Beliau berkata berdasarkan perjanjian konsesi penswastaan air, Pengarah Kawal Selia Air Selangor Datuk Nordin Sulaiman yang juga Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) negeri mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Abdul Khalid berkata kira-kira 60 pengusaha industri terjejas berikutan permohonan kelulusan pembangunan mereka ditolak oleh Syabas.

"Kebiasannya, bagi mendapatkan kelulusan untuk pembangunan, setiap jabatan akan menjawab 'ya' atau 'tidak' atau 'boleh dipertimbang' tetapi bagi Syabas mereka memutuskan untuk menjawab 'tidak dicadangkan'.

"Bagaimanapun, kerajaan negeri mempunyai Kawal Selia Air untuk meneliti perkara ini dan Syabas bukanlah pihak yang mempunyai kuasa untuk memberi keputusan akhir berhubung pemberian kelulusan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Vibrant Selangor 2012: Seminar & Showcase anjuran Selangor State Investment Centre (SSIC) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, Selasa.

Abdul Khalid mengakui dalam perjanjian konsesi itu, kerajaan negeri telah mewakilkan Syabas untuk membuat keputusan tetapi jika syarikat itu tidak mampu menjalankan tanggungjawabnya, kuasa itu akan diambil alih oleh Pengarah Kawal Selia Air negeri.

Mengenai perancangan kerajaan negeri untuk mengambil alih pengurusan Syabas, beliau berkata keputusan itu! dibuat selepas pihaknya membuat penilaian selama enam bulan mengenai kemungkinan masalah yang timbul akibat tindakan syarikat itu.

Abdul Khalid berkata beliau telah menulis surat kepada Syabas dan Kerajaan Persekutuan semalam berhubung cadangan pengambilalihan itu. BERNAMA

khalid dah menggila..sawan naik kepala..setelah khalid menganiayai syabas dan gagal menangani krisis air di selangor beliau menggunakan kuasa nak menindas hak rakyat untuk dapatkan bekalan air bersih!..sekali lagi khalid cuba memanjangkan isu untuk kepentingan politiknye!

masalah bekalan air yang semakin meruncing di selangor sekadar memperlihatkan kecenderungan khalid menyiksa warga selangor secara keseluruhan.khalid langsung tak memikirkan kesejahteraan rakyat malah memburukan keadaan.

ini bukan masanya untuk bertelagah. krisis ini akan terus menjadi lebih teruk daripada apa yang di sangkakan serta membabitkan beribu2 penduduk tak dapat bekalan air yang secukupnya. khalid harus ingat beliau dapat kuasa pun dari undi rakyat. jika khalid menganggap ini satu permainan politik maka rakyatlah yang harus menghukum akibat kedangkalannye!

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BERITA HOT DARi FACE BOOK SEORANG USTAZ

Omegay: Antara Polling Agent & Counting Agent