SELAMAT BERBUKA PUASA




SAJE NAK BAGI SYIOK








HARI SELASA SUDAH 12 HARI PUASA

heboh olympik di london
heboh dalam face book
ada teori dajal
ada teori iluminati

tapi yang jelas kuasa kaum pemodal
lebih kuat dari semua kuasa
dalam dunia pada ketika ini

sukan adalah komodoti
sukan dijadikan bahan untuk jual beli
sukan bukan lagi untuk kesehatan

ramai yang meninati sukan
adalah mereka yang gemok
adalah mereka yang hotok
adalah mereka yang montok

mereka meminati sukan
melalui kaca tv
mereka bersukan melalui jarak jauh
menjadi biawak di ruang tamu
berligar dihadapan kaca tv
mereka hadapi kencing manis
mereka hadapi buasir
mereka hadapi darah tinggi
kerana mereka hanya bersukan di kaca tv

lihat badan atelit yang erotik
lihat badan atelit yang slim
lihat badan atelit yang cun
adalah iklan perniagaan
untuk komoditi kecantikan

KERANA ITU
jangan ada tv di rumah
jangan menonton tv
membaca lebih baik
dari menonton

NOTA:
tiga perenang wakil saudi
ke olympik london
telah mati lemas di kolam renang
tersangkut oleh jubah dan purdah!
kah kah kah


APA CERITA ORANG DISANA
jam 7 tadi pintu bilik ditutup
jam 7 tadi pintu sel ditutup
jam 7 tadi semua terkurung

apakah hujan petang ini di taiping
apakah redup petang ini di kamunting
apakah cuaca panas hari ini

apakah kau berpuasa seorang diri
apakah kau dapat berkumpul untuk berbuka
apakah maghrib kamu berjamaah

aku tahu apa berbuka petang ini
aku ingat lagi dua butir buah kurma itu
aku ingat lagi roti dan kaya
aku ingat lagi dulang dan isinya

kamu di dalam
kami di luar
meneruskan perjalanan

kamu didalam
kami diluar
kamulah yang lebih tenteram



Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

Omegay: Antara Polling Agent & Counting Agent

KONDOM BUKAN SARONG TANGAN TAPI SARUNG KOTE