Omegay: Krisis Air - khalid tak puas main wayang..rakyat selangor terus menderita!
KUALA LUMPUR 17 Julai - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menyangkal dakwaan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa syarikat itu tidak menjalankan tugasnya mengikut perjanjian konsesi."Ini merupakan satu tuduhan yang tidak berasas dan tidak benar sama sekali," kata Pengarah Eksekutif Perkhidmatan Teknikalnya, V. Subramaniam pada sidang media khas di sini hari ini.
Semalam, Khalid mengumumkan cadangan pengambilalihan syarikat air berkenaan bagi menangani krisis air di kawasan Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya, yang pengurusan sistemnya didakwa mempunyai unsur keraguan".
Subramaniam berkata krisis bekalan air yang sedang melanda ketika ini disebabkan kurangnya bekalan air terawat untuk diagihkan, yang berpunca daripada keengganan kerajaan Selangor mengeluarkan arahan pembangunan untuk projek pembinaan Loji Langat 2.
"Ia juga berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri tersebut untuk mewartakan perlarasan tarif yang telah ditetapkan dalam perjanjian konsesi," katanya.
Subramaniam juga berkata kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor yang mengatakan keadaan bekalan air mentah di empangan sedia ada mencukupi sehingga melimpah, adalah tidak tepat dan mengelirukan.
"Sebenarnya isu kekurangan bekalan air merujuk kepada air terawat untuk memenuhi keperluan pengguna," katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa kerajaan pimpinan Khalid itu mengarahkan pembekuan perbelanjaan modal Syabas, dan ini turut membantutkan usaha syarikat itu untuk mengurangkan kadar kehilangan air tanpa hasil.
Subaramaniam berkata perkara itu telah dimaklumkan melalui sembilan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah sejak dua tahun lepas.
"Setiap kali mesyuarat Le! mbaga Pe ngarah, kerajaan negeri yang menguasai 30 peratus kepentingan dalam syarikat berkenaan, turut dimaklumkan menerusi wakilnya mengenai kedudukan bekalan air yang kritikal, tetapi tiada sebarang tindakan diambil oleh kerajaan Selangor sehingga kini," tambahnya.
Pada masa yang sama, Subramaniam menjelaskan kegagalan kerajaan Selangor untuk mewartakan perlarasan tarif, telah menyebabkan tanggungan tertunggak Syabas kepada operator loji rawatan air. - BERNAMA
khalid dah panas ponggong apabila kerajaan negeri mengambil keputusan untuk mengambil alih pengurusan air syabas. yang hairannye kerajaan negeri pun tak mampu nak selesaikan hutang syabas (RM1 bilion) jadi macam mane nak amik alih pengurusan air? akan ada lagi skandal Talam II? beliau mendakwa syabas cuba mengelirukan dan menimbulkan keresahan rakyat apabila syabas cuba mengingatkan kerajaan pimpinan khalid akan krisis air yang telah berlaku!
sebenarnya khalid dah mula risau kerana pentadbirannya ternyata gagal menangani masalah bekalan air kepada rakyat. Tindakan syabas berulangkali memberi peringatan kepada khalid akan krisis bekalan air yang sedang melanda ibarat mencurah air di daun keladi.
krisis yang di jangka akan terjadi beberapa tahun lagi nampaknya berlaku lebih awal. namun khalid masih berdegil dan enggan bertindak bagi menangani masalah tersebut secara total. sebaliknya khalid terus bermain politik dan menunjukkan sikap ego konon2nya mereka mampu mengatasi krisis tanpa bantuan dari kerajaan pusat.
keegoan khalid bukan saja menjejaskan kehidupan seharian rakyat yang memerlukan bekalan air di rumah malah menjejaskan para pelabur yang sedia ada dan yang akan melabur!. khalid tegak2 menyalahkan syabas yang di dakwa cuba mensabotaj kerajaan negeri tapi tuduhan itu di nafikan oleh syabas. klik sini bagaimana syabas nak membekalkan air jika air pun takde?? khalid ingat syabas nak sorok air macam sorok gula? masalah kekurangan air di kawasan tadahan pun khalid tak amik kesah!
mungkin khalid tak perlu beratur menunggu lori air datang ke rumah atau mengangkut air dari perigi seperti rakyat biasa. biarlah orang lain yang menguruskan untuknye asalkan tak menyusahkannye. sudah tentu khalid telah bersedia dengan bermacam helah lagi. yang pasti rakyat yang terus menanggung azab dan bukan dia!.harkk ptuihh!!
Comments