SELAMAT BERBUKA PUASA
MASAKAN ORANG ASLI- GULAI JERING
HARI INI HARI KE BERAPA?
sudah melintasi satu minggu
sudah lebih dari tujuh hari
hari ini panas
berwap dan tidask selesa
kelmarin aku mandikan jai dan ezi
hari ini aku mandikan curvey
ini pun satelh kuku di potong
apakah mereka tahu
bahawa ini bulan puasa
apakah mereka ingin sama berpuasa
KELMARIN PETANG
merayau ke hulu langat
mencarai kelainan
singgah di bazar ramadan batu 9
berligar mencari tempat berbuka
tersesat hinnga ke kampong orang asli
memutar pusing hingga ke sungau lui
akhirnya menemui kedai yang bukan dituju
kedai makan dituju gagal ditemui
makanan kami cukup enak:
air tebu
popiah basah
terubuk bakar
kembong bakar
gulai pisang
gulai jering
kari nenas
kari ikan
dikedai kamai hanya
memesan air minum dan nasi puteh
GAGAL LAGI
menacari gulai itik
gagal lagi!
PETANG INI
aku tak ada spesial
berbuka dengan buah:
rambai
durian
pulasan
duku
manggis
buah mangga sudah tak boleh dimakan
buah apple
buah limau
ada tapi tidak berusik
PETANG INI LAGI
a! ku masak gulai ikan lampam
masak lemak kuning
campur udang
campur tomato
campur terong
KEIDAHAN DUDUK SEORANG DIRI
dunia ini kita miliki
tak ada ganguan
tak ada saranan
tak ada komen
hidup enak tidak pernah bosan
hidup bebas tidak terlalu rutin
hidup ranjau yang tidak berjadual
hidup rambang yang tidak bertarikh
tapi ada juga yang kurang enak:
makanan selalu terbuang
kerana tak habis dimakan
masalah ini tak dapat aku selesaikan
ada sahaja makanan yang tebuang
tersimpan lama
tidak termakan
terlupa di makan
dan dan dan....
TAK DITEMUI DALAM RESTORAN
Comments