8 TUNTUTAN BERSIH MASI*H DI TUNTUT LAGI
KONSERT BERSIH 8T UNTUK MENGINGATI TUNTUTAN
PILIHANRAYA BERSIH
Lima bulan telah berlalu sesudah 250,000 wargaMalaysia bangun bergerak untuk bersama Duduk Bantah pada 28 April 2012. Warga Malaysia telah menggunakan hak berhimpun untuk menuntut kerajaan membersihkandan menambah baik sistem pilihanraya.
Sayangnya, telah jelas dilihat bahawa kerajaanmasih lagi berdegil dan tidak mahu mendengar suara rakyat. Justeru BERSIH 2.0akan mengadakan konsert pada 13 Oktoberdi Stadium Kelana Jaya. Ini bertujuan untuk mengingatkan Suruhan JayaPilihanraya tentang 8 TUNTUTAN BERSIH yang masih belum ditunaikan
Berbulan-bulansesudah perhimpunan BERSIH 3.0berlangsung, kerajaan telah membuat sasaran serangan terhadap Jawatankuasa PemanduBERSIH 2.0. Tuntutan pilihanraya bersihdan adil tidak dipedulikan. Pihak kerajaan bersama Dewan Bandarraya telah mengambil tindakan undang undang untukmenyaman ahli Jawatankuasa BERSIH2.0.
Walau apa pun berlaku, BERSIH 2.0 akan terusbertekad untuk menaikkan kesedaran tentang penipuan dalam senarai pengundi. Inidapat dijalankan kerana BERSIH terus menerimasokongan dan sumbangan derma ikhlas dari warga Malaysia.
Antara kumpulan/band yang akan bersama mengambil bahagian dalam KONSERT 8 TUNTUTAN ialah Ito, Julian Mokhtar da! n The Ge ng, Republic ofBrickfeild, band punk Dum Dum Tak, Canto Pop Rock Band Hui Se De Dai dan RayCheong. Pada hari konsert ini aktiviti BERSIH 2.-0 akan juga dijalankan untuk merayakansemua lapisan umur.
Ahli Jawatankuas Pemandu BERSIH 2.0 akan jugamendendangkan satu lagu. SasterwanNegara A. Samad Said atau Pak Samad yang juga Pengerusi Bersama BERSIH 2.0akan membaca sebuah sajak khususuntuk KONSERT 8 TUNTUTAN.
Konsert ini adalah untuk bersantai , bergumbirasambil mengingatkan pemimpin kerajaan tentang tanggung jawab yang mendesak agarmereka melakukan reformasi penambahbaik sistem pilihanraya.
Warga Malaysia tidak akan menerimasatu siatem pilihanraya yang masih tidak dibersihkan. Warga Malaysia tidak akanteragak-agak untuk berhimpun sekali lagi jika suara mereka masih tidakdiambil peduli.
Terima Kasih.
SalamBERSIH!
PASTI AKAN BERMAIN PADA 13 OKTOBER 2012:
NOTA:
akan ada lagi beberapa
nama yang masih lagi
dalam perundingan! div>
Comments