Omegay: Ngeh terus kene kokam!..giliran Lim anak beranak tak lama lagi >:]


Lagi Desakan Ngeh Letak Jawatan
SUNGAI SIPUT: Selepas dihentam para perwakilan semasa konvensyen DAP Negeri Perak, Ahad lepas, sekumpulan pengundi termasuk anggota DAP di sini mendesak Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham supaya meletak jawatan berhubung kenyataannya mempertikai bantahan umat Islam terhadap filem Innocence of Muslims.

Desakan itu dibuat dalam satu perhimpunan di hadapan sebuah bank di sini apabila mereka membawa kain-kain rentang berlambang roket yang merupakan logo DAP dan beberapa poster antara lain bertulis 'jangan sentuh isu agama antara kaum', 'Ngeh Koo Ham harus letak jawatan Pengerusi DAP Perak' serta 'mohon maaf bukan satu jalan penyelesaian'.

Terdapat satu kain rentang yang mempamerkan logo parti itu pada kiri dan kanan serta bertulis 'kami menyokong dan pengundi (Anggota Dewan Undangan Negeri) Adun Jalong (dari DAP) mendesak Ngeh Koo Ham letak jawatan sebagai pengerusi DAP negeri Perak kerana bersikap anti-Islam'.

Seorang anggota DAP Sungai Siput yang juga seorang saudara baru, Dini Haikal Abdullah meminta Ngeh supaya tidak menggunakan isu agama kerana ia cukup sensitif dan meminta Ngeh supaya menghormati antara satu agama dengan agama yang lain.

Sementara itu, bekas anggota DAP Sungai Siput, Ng Eng Hock berkata jika Ngeh ingin meraih undi, beliau sepatutnya menggunakan cara yang betul bukan 'mengusik' perkara berhubung agama.

"Dia perlu cakap perkara yang berpatutan sahaja, perlu hormat antara kaum dan agama yang lain. Pemimpin perlu menunjukkan contoh yang baik," katanya.

Seorang pengundi di sini, M.Samy Vellu berkata Ngeh tidak berhak bercakap mengenai! isu aga ma Islam.

"Dia hari ini bercakap agama Islam, (mungkin) esok agama (kaum) India, esok agama orang Cina, ini tidak patut. Kita minta kerajaan ambil tindakan perkara ini...ia mungkin boleh jadi masalah besar," katanya.

Seorang pengundi Megat Ismail Megat Rozali berkata kenyataan yang dikeluarkan oleh Ngeh itu tidak boleh diterima sama sekali sambil meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas pemimpin DAP itu.

Pada Ahad lepas, Ngeh yang juga anggota Dewan Undangan Sitiawan dan Anggota Parlimen Beruas dihentam perwakilan pada Konvensyen DAP Perak ke-17 atas pelbagai isu dalaman termasuk perbuatannya mempersoal tindakan umat Islam membantah filem yang memfitnah dan menghina Nabi Muhammad S.A.W. itu.

Konvensyen itu sepatutnya membincangkan persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 bertukar menjadi perdebatan masalah dalaman parti. BERNAMA

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

Omegay: Antara Polling Agent & Counting Agent

KONDOM BUKAN SARONG TANGAN TAPI SARUNG KOTE