Omegay: Karpal perli khalid..jangan bazir duit rakyat!


Pilihan raya serentak boleh jimat wang pembayar cukai: Karpal

GEORGETOWN: Pilihan raya serentak, negeri dan parlimen, dapat menjimatkan banyak wang pembayar cukai, kata Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh.

"Pada pandangan saya, pilihan raya harus diadakan pada penghujung penggal lima tahun," kata beliau.

Karpal Singh mengulas mengenai pilihan raya bagi dewan undangan negeri Selangor yang dicadangkan diadakan berasingan dari pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Selangor tidak dapat mengadakan pilihan raya serentak dengan pilihan raya kebangsaan kerana menurutnya Suruhanjaya Pilihanraya (EC) belum membersihkan daftar pemilih bagi Selangor.

Karpal Singh berkata, rakyat mengundi kerajaan untuk tempoh lima tahun, oleh itu ekspektasi itu perlu dipenuhi.a

"Memang Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) mengambil alih kedudukan itu daripada Tun Abdullah Ahmad Bad! awi dan Najib mahukan mandat baru rakyat, tetapi itu boleh dilakukan dengan memenuhi penggal lima tahun," kata Karpal Singh.

Najib mempunyai masa hingga 28 April tahun depan untuk membubar parlimen dan mengadakan pilihan raya.
Jika tidak Parlimen akan bubar dengan sendirinya pada 29 April dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) wajib menetapkan tarikh pilihan raya dalam tempoh dua bulan selepas itu. - BERNAMA


Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

Omegay: Antara Polling Agent & Counting Agent

KONDOM BUKAN SARONG TANGAN TAPI SARUNG KOTE