Omegay: Anuwar geram mansor bermolot tempayan!

Mansor Tidak Perlu Berdolak Dalih, Perlu Akui Kenyataan
NIBONG TEBAL: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman mahu Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mansor Osman agar tidak berdolak dalih dengan kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini dan mengakui kebenaran.

Beliau berkata sekiranya kenyataan yang dibuat oleh Mansor ketika perbincangan dalam Mesyuarat Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada April lepas menjadi ketetapan dan perjuangan parti itu, beliau tidak perlu risau atau takut.

"Kenapa pula nak dirisaukan apabila didedahkan, takut sangat dengan DAP, takut sangat dengan Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang). Cakaplah yang benar, orang Pulau Pinang nak orang bercakap benar, tak suka orang membohong.

"Kita harap timbalan ketua menteri akan ambil apa yang berlaku ini sebagai perkara yang perlu dinyatakan kebenarannya dan tidak perlu berdolak dalih sepanjang masa," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri taklimat program Salam Sayang anjuran Pergerakan Wanita Umno di Dewan Perda, Sungai Acheh, Nibong Tebal,turut hadir pada majlis anjuran Pergerakan Wanita Umno itu ialah Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

vidz ehsan dari pisau.net

Beliau menganggap tindakan Mansor Othman menafikan pernah menggelar Lim 'sombong dan angkuh', memakan diri apabila rakaman percakapannya didedahkan. Kenyataan itu dikeluarkan Mansor apabila ditanya berhubung tuntutan DAP terhadap kawasan yang ditandingi PKR.

Rakaman pada mesyuarat strategik PKR itu menunjukkan bel! iau turu t nekad tidak akan bertolak ansur sekiranya PKR tidak mendapat kerusi yang sepatutnya ditandingi di hadapan beberapa anggota parti.

Mesyuarat yang dilaporkan berlangsung April lalu di pejabat parti di King Street, Pulau Pinang itu antara lain berkisar soal pembahagian kerusi negeri pada Pilihan raya Umum Ke-13 dan peluang memenanginya.

Zainal Abidin menyifatkan penafian Mansor itu sebagai pembohongan yang nyata kerana rakaman suaranya ketika perbincangan bersama rakan-rakannya yang disiarkan oleh sebuah televisyen swasta sangat jelas.

"Datuk Mansor tak payahlah berdolak dalih lagi, tak payahlah bagi malu orang Pulau Pinang, kalau itu yang diperkatakan, itu yang dibincangkan, itu yang dirakamkan dan itu yang disiarkan...mengaku sajalah, apa yang nak ditakutkan dengan Lim, " katanya. BERNAMA

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

Omegay: Antara Polling Agent & Counting Agent

KONDOM BUKAN SARONG TANGAN TAPI SARUNG KOTE