*
*
*
*
*DEMO BANTAHAN UMAT ISLAM SELURUH DUNIA *
DEMO BANTAHAN UMAT ISLAM SELURUH DUNIA
APAKAH SEBENARNYA TUJUAN INNOCENCE OF MUSLIMS DI BUAT ?
Globalisasi dengan keterbukaan dunia tanpa sempadan ini akan mempertemukan pelbagai budaya. Pertemuan budaya ini tidak melahirkan silatulrahim tetapi mengakibatkan pertembungan. Ajaran dan nilai agama Buddha akan bertembung dengan nilai dan ajaran penganut agama Majusi. Ajaran dan nilai penganut agama Islam akan bertembung dengan nilai dan ajaran penganut agama Kristian dan lain-lain. Inilah asas teori 'the clash of civilisation'.
Setelah membaca buku The Clash of Civilisation, saya tidak begitu percaya kepada teori ini. Justeru saya tidak mendaftar diri untuk menjadi penganut mazhab ini. Teta! pi apa y ang berlaku pada minggu ini serangan dan kematian Pak Duta Amerika di Benghazi, Libya - menjadikan penganut teori ini melonjak yakin.
Warga Mesir, Libya, Yemen, Pakistan telah keluar menunjuk perasaan berdemonstrasi menyatakan kemarahan mereka terhadap filem 'Innocence of Muslims'. Di London warga Muslim keturunan India dan Pakistan juga telah berdemonstrasi di hadapan kedutaan Amerika.
sila baca seterusnya disini:
Comments