DEMO TELAH MENJADI BUDAYA POLITIK MALAYSIA - MADEY FRUS MENONGGENG
pagi ini beribu ribu
warga pengerang
warga johor
warga himpuan hijau berdemo
menentang perampasan tanah di pengerang
rakyat - melayu china dan india
telah bangun berdemo
demo telah menjadi budaya kita
projek pengerang
projek lynas
projek gebeng
projek bukit koman
hanya akan diselesaikan
apabila united malays national organisation
din humbankan ke dalam tong sampah sejarah
rakyat tidak ada jalan lain
rakyat tidak ada pilihan
hanya demo yang akan mengubah keadaan
Projek Rapid Pengerang Dapat Kelulusan EIA - Pengarah JAS Johor
JOHOR BAHARU: Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di kawasan seluas 2,600 hektar di Pengerang, Kota Tinggi bawah kendalian Petronas mendapat kelulusan Kesan Penilaian Alam Sekitar (EIA).
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Mokhtar Abdul Majid berkata Laporan EIA berhubung projek itu telah dikemukakan kepada JAS Putrajaya pada 4 Jun lepas dan diluluskan 27 Ogos lepas.
""Laporan EIA terperinci yang disediakan jururunding EIA yang berdaftar dengan JAS bagi cadangan projek ini, telahpun diluluskan setelah ia memenuhi kehendak Seksyen 34A (2) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
"Kelulusan diberikan setelah meneliti pelbagai skop kajian yang dijalankan termasu! k kualit i udara, air, proses petrokimia dan penapisan minyak selain analisa risiko dan kesihatan awam, kesan trafik, bunyi bising, sosio ekonomi dan penilaian ekonomi terhadap kesan alam sekitar," katanya dalam satu kenyataan di sini, Khamis.
Malah, beliau berkata laporan itu juga telah dikaji bersama input daripada agensi berkaitan dan pakar pengulas individu yang dilantik JAS semasa Mesyuarat Panel Pengulas pada Julai lepas, sebelum ia diluluskan.
Berhubung isu ketiadaan masa mencukupi memberikan ulasan mengenai projek berkenaan seperti yang dibangkitkan pembangkang, Mokhtar berkata Laporan EIA terperinci mengenai cadangan projek itu telahpun dipamerkan bermula 9 Jun sehingga 21 Julai lepas.
NOTA:
radio bansar utama
meghantar satu tim pemberita
ke demo pengerang
rabu akan membuat laporan
sila tunggu
Comments