Omegay: Ngeh Kanina - dah hina baru mintak maaf? >:]
Menurutnya, kenyataan Koo Ham awal minggu ini menerusi Twitter perlu dikenakan tindakan tegas dan dikeluarkan dari DAP.
"Kita kecam tindakan Koo Ham itu yang menghina tindakan umat Islam untuk mengadakan bantahan berhubung isu penghinaan agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.
"Kita bagi tempoh tujuh hari untuk DAP lucutkan jawatan Koo Ham itu, kalau tak dilucutkan kita anggap DAP sokong perbuatan hina agama lain," katanya ketika berucap pada demonstrasi bantahan filem Innocence of Muslims di pekarangan Masjid Jamek Kampung Baru di sini selepas selesai solat Jumaat.
Sebelum ini, Twitter yang dikeluarkan oleh Koo Ham menjadi perhatian ramai pihak dan Khairy telah menyoalkan pendirian Pemuda Pas berhubung rancangan bantahan yang akan dibuat oleh umat Islam pada hari ini.
DAP dijangka membincangkan isu itu pada mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusatnya minggu hadapan.
Dalam pada itu, Ketua Pemuda Umno dan Barisan Nasional, Khairy Jamaluddin berkata, Koo Ham perlu diambil tindakan tegas oleh DAP.
Katanya, musuh orang Islam bukan rakyat Amerika Syarikat (AS) tetapi orang yang menghina agama lain dan tidak menghormati agama seperti yang dilakukan pemimpin DAP itu.
"Kalau Koo Ham kata jangan buang masa, tapi lebih baik kita buang mereka.
"Kita berhimpun bukan untuk bermusuh dengan orang bukan Islam atau rakyat AS tapi untuk menentang kebiadapan orang yang menghina agama termasuk Koo Ham dan DAP perlu ambil tindakan terhadapnya," katanya.
Sehubungan itu, Khairy juga menyatakan ucapan terima kasih kepada semua rakyat Ma! laysia t anpa mengira agama dan politik yang bersama bersolidariti pada hari ini.
Seramai 3,000 orang hadir termasuk 13 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam himpunan aman bantahan filem kontroversi dan karikatur yang dikeluarkan oleh Perancis beberapa hari lalu.
Himpunan berakhir kira-kira pukul 2.30 petang tanpa sebarang provokasi. - SH
Comments