MALAYSIA SATU PROJEK MENUJU KEGAGALAN
BATU BERSURAT KENINGAU SABAH
APA ITUPROJEK MALAYSIA
Sempadan Bangladesh wujudsemasa pemecahan British Bengal dan India pada tahun 1947. Wilayah inimenjadi Pakistan Timur. Pakistan Tumurdipisahkan dari PakistanBarat - jarak 1,600 km atau 994 batu oleh benua India yang ujud ditengah-tengah negara ini.Gerakan nasionalisma Bangla dan PerangPembebasan Bangladesh pada tahun 1971 telah mewujudkan Bangladesh pada 26 March1971 wikipediatentang Bangladesh
Paderi Sabahingatkan Putrajaya tentang Batu Sumpah Peringatan Keningau pada 16 September - dariMalaysian Insider
Bangsa yang tidak tahu dari mana mereka datang mustahil akantahu arah mana yang mereka tuju. Tidakmengetahui sejarah bangsa sendiri bermakna tidak tahu asal usul diri, salasilahkeluarga dan teromba bangsa. Justerumemahami sejarah bangsa adalah sepenting menyedut oxygen.
Selama lebih dari 50 tahun kita rakyat Malaysia telahdibohongi oleh United Malays National Organisation. Masuk sahaja bulan Ogosmaka dongeng dan lebong tentang Merdeka akan diputar. Kita diberitahu bahawa Merdeka dicapai tanpapertumpahan darah. Kita diberi tahu bahawa hanya United Malays NationalOrganisati! on dan k uncu-kuncunya dari MCA dan MIC yang berjuang untuk Merdeka.Semua ini bohong.
Selama lebih dari 50 tahun pembohongan ini telah berjayadisebar kerana United Malays National Organsiation gagah dan mendapat sokonganorang Melayu. Kini semuanya berubah.Parti United Malays National Organisation- kuasa hegemon terbarai lemahdan sedang nazak. Orang Melayu tidaklagi menyokong buta parti ini. Ketika kuasa hegemoni lemah adalah masa terbaik untuk rakyat bangunmenyerang.
Justeru , kita melihatpembohoangan demi pembohongan telah diketahui umum. Rakyat Malaysia kini sedar bahawa benderaMalaysia yang dipanggil Jalur Gemilang itu telah ditiru dari bendera East IndiaCompany dan bendera Amerika. Rakyat kini sedar bahawa lagu Negara-ku laguKebangsaan Malaysia adalah lagu ciplakan dari lagu Terang Bukan - lagu Indonesia. Lagu Terang Bulan berasal dari Memula Moon sebuah lagu Peranchis. Amat rendah dan hina sekali nilai lagu kebangsaan Malaysia kerana asasnya adalahialah ciplakan atas ciplakan.
Selama 49 tahun kita diberitahu bahawa Sabah dan Sarawakmasuk Malaysia. Fakta bohongmasuk Malaysia ini dijaja ke hulukehilir. Lebong masuk Malaysia inidiperkukuhkan pula dengan sambutan 31 Ogos sebagai Hari Malaysia. Inipembohongan kerana 31 Ogos tidak ada sangkut paut dengan Malaysia. PersekutuanMalaysia ditubuh pada 16 September 1963.
Sabah dan SarawakTIDAK pernah masuk Malaysia. Dua negara ini bukan masuk Malaysia tetapimenubuhkan Malaysia. Sabah dan Sarawak bukan sama taraf saperti negeri Melaka atau Pahang atau Kedah.Sabah dan Sarawak adalah negara.
Dari segi ingatan bersama/collective memory , dari sejarahoral, dari sejarah kuno bangsa ! Melayu Sabah dan Sarawak tidak termasuk dalamingatan manusia Melayu. Dalam Salalatul salatin, dalam Hikayat Abdullah, dalamHikayat Hang Tuah tidak ada tersebut nama Sabah atau Sarawak. Dalam kesusateraan klasik Melayu tidak adadisebut Sabah atau Sarawak. Ertinya duanegara ini tidak termasuk wujud dalam ingatan bersama manusia Melayu. Tidaksaperti Majapahit, Mataram, Pasai, Acheh, Singapura, Kelantan, Riau, Jambi, Terangganu, Johor,Palembang nama-nama ini telah berkait rapat dengan sejarah tamadun dan ingatanbersama manusia Melayu.
Tidak dinafikan ada tersebut kerajaan Kesultan Berunai adanKerajaan Sulu. Dalam sejarah tamadun Melayu wujud watak dan protoganis saperti Prameswara,Mansur Shah, Tun Teja, Hang Jebat, TunTuah, Bendahara Seri Maharaja, Taming Sari , Demang Lebar Daun. Tetapi, Sayasendiri anak mahasiswa sejarah Asia Tenggran- tidak mengetahui siapakah watak atau protoganis yang mewakili Sabah danSarawak sehingga datangnya TemenggogJugah Anak Bariang. Ini pun kerana potongan rambutnya dilihat cool pada tahun 60an.
Saya amat yakin ramai jenerasi anak muda hari ini tidak faham apakahlatar dan apa sebenarnya PROJEK MALAYSIAini. Sejarah dan jalur sejarah negara bangsa ini sengaja dipadamkan dariingatan umum. Inilah kerja jahat pembohongan demi pembohongan yang telah dijalankan oleh United Malays National Organisation.
Projek Malaysia ini berlatar belakang Perang Dingin. Projekini juga berlatarkan gerakan nasionalisma yang sedang mengampoh Asia, Afrikadan Latin Amerika sesudah Perang Dunia Kedua. Projek Malaysia ini juga adalahstrateji pemodal Anglo-Amerika dalamusaha mereka untuk terus memiliki dan memunggah harta kekayaan di wilayah Nusantara.
Bagini sejarahnya:
Sesudah Perang Du! nia kedu a - kuasa kolonial Inggeris telahmendapat dua pukulan yang hebat dari tanah jajahan. Di Kenya Inggeris telah diserang oleh gerakanpembebasan Mau Mau. Pada tahun 1952 darurat diistiharkan. Di Tanah Melayu Darurat bermula pada 20 Jun1948 apabila Perang Kolonial Anti Britsih dilancarkan oleh Parti Komunis Malaya.Kuasa kolonial British akhir mengundur dari Kenya pada tahun pada 12 Disember1963 dan di Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
Sesudah Perang DuniaKedua Tanah Melayu adalah nadi dan oxygen untuk kolonial British. Hampir 60% ekonomi British pada ketika itu beragantung pada getah dan bijih yangdipunggah dari Tanah Melayu. PerangKolonia Anti British yang dilancar di Tanah Melayu menggugat kuasa kolonial.Kerana kepentingan ekonomi British telahmeninggalkan pentabiran Tanah Melayu kepada anak didiknya dari United MalaysNational Organisation.
Dalam masa yang sama British masih memiliki Singapura, Sabah,Sarawak dan Berunai. Tanah jajahan ini kinimenjadi talian hayat untuk British. Tetapi ombak nasionalisma sedang membuakdan mengampoh. Di Nusantara ini ombakBung Karno dari Indonesia denganPerjanjian Bandung 1955 dan semangat Afro-Asia sedang membakar kepulauanMelayu. Gerakan nasionalisma kiri juga sedang mengampoh.
Ingin saya menghitam putehkan disini bahawa ketika ProjekMalaysia dirancang pada awal tahun 60anoleh kolonial British telah wujud Parti Komunis Kalimantan Utara dengan PARAKU Pasukan Rakyat Kalimantan Utara - sebagai sayap gerilanya. Gerila Paraku ini bangun melawan soldadu kolonial British.Parti Komunis Kalimantan Utara ini berjuanguntuk menyatukan Sabah, Sarawak danBerunai dalam sebuah negara yang dipanggil Kalimantan Utara.
Perlu juga dihitam putehkan disini bahawa gerakan nasionalismajuga sedang menga! mpoh di Berunai dan Limbang. Pada tahu 1962 Parti Rakyat Berunai telahmemenangi 54 dari 55 kerusi yangdipertandingkan dalam MMD - Majlis Mesyuarat Daerah. Ini bermakna Parti RakyatBerunai berjaya mengambil 16 kerusidalam MMN - Majlis Mesyuarat Negeri (Parlimen Berunai). Ini tidak berlaku.Kemenangan pilihanraya ini tidak diiktiraf oleh British. Akhirnya Parti Rakyat diharamkan danpemimpinya ditangkap. Berunai yang padaawalnya ingin bersama menubuhkan Malaysia kini menarik diri.
Dari Indonesia - Bung Karno pemimpin Revolusi Indonesia amatsedar bahawa Projek Malaysia ini adalah projek Britsish. Ini projek untukmemastikan ladang getah, lombong bijeh, bank, syarikat British yang ada diTanah Melayu dan Singapura akan terselamat dari dimilik negarakan. Projek inijuga adalah usaha kuasa imperial Anglo-Amerika untuk mengepong Indonesia yangbebas merdeka.
Dari segi sejarah ketikaProjek Malaysia ini diwar warkanramai rakyat Sabah dan SarawakTIDAK bersetuju. Dokumen-dokumen yang dapat kita baca hari ini membuktikan bahawapengutan suara yang dijalankan Cobbold Comission itu hanyalah gula-gula untukmenipu.
Ahhirnya 49 tahun kemudian saperti Jalur Temberang, sapertiMemula Moon, saperti 31 Ogos - semuanyaprojek yang berasaskan penipuan dan pembohongan katoi. Minggu ini untuk pertama kalinya 16September telah diistihar sebagai cuti umum.Selama 48 tahun 16 Septembertidak dipedulikan.
Dari awal lagi Projek Malaysia ini telah gagal. Berunai takmahu masuk campur. Singapura tarik diri pada tahun 1965. Hanya dengan bantuan CIA barulah Sukarnodijatuhkan pada tahun 1965. Ini dengan pembataian hampir 1 juta wargaIndonesia. Dengan jatuhnya Bung Karnobarulah United Malays Nationa! l Organi sation dapat meneruskan ajenda 'bossnya'. Sentimen bebas Merdeka Kalimantan Utaraberjaya dibantutkan.
Tetiba minggu ini untuk pertama kalinya warga Malaysiadiberitahu tentang wujudnya Batu Bersurat Keningau. Batu Bersurat Keningau inisamalah tarafnya saperti Batu Bersurat Terangganu. Dalam Batu Bersurat Keningau ditulis jelas 3 persetujaun warga Sabah untuk bersama mendirikanMalayasia. Pertama mereka bebas beragama. Kedua - tanah di sabah dikendalikan oleh kerajan Sabah. Ketiga adat istiadat Sabah dihormati.
Kegagalan Projek Malaysia ini saheh terserlah apabila PakatanRakyat terpaksa pula membuat Deklarasi Kuching. Deklarasi ini membuktikan bahawa nasionalisma Dayak dan Kadazan sedang melonjak naik. Bukan BatuBersurat Keningau tidak dipedulikan malah balak dan minyak mereka dirembatkering.
Untuk saya, Projek Malaysia ini masih dapat diselamatkan. Kalau 48 tahun dahulu warga Sabah dan Sarawak telah mengadakanpungutan suara sama ada mereka hendak bersama Malaysia atau tidak. Maka, hariini secara demokratik rakayat Sabah dan Sarawak wajib dibenarkan hak membuat pungutan suara sama ada mereka inginterus bersama Semenanjung atau tidak.
Saya berkata demikian bukan kerana saya tidak suka Sabah danSarawak bersama tetapi saya mengetahuirealpolitik. Saya tahu apa yang terjadi kepada Pakistan Timur. Saya juga tahu didalam Perlembagaan Filipina, Sabah itu adalah sebahagian dari wilayah Filipina.Fakta ini wajib diberitahu kepadaseluruh warga Semenanjung agar orang Semenanjungtidak lagi berkata Sabah dan Sarawak masukMalaysia. (TT)
NOTA:
tulisan initelah disiarkan
SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa inginmelanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon: 03-22-72-40-45
Comments